Bahasa Indonesia
Bahasa Indonesia adalah bahasa utama di Indonesia, iaitu negara terbesar di Asia Tenggara, dengan populasi Muslim terbesar di dunia. Lebih daripada 200 juta orang Indonesia bertutur dalam bahasa ini, dengan baki penduduk selebihnya bertutur dalam bahasa Inggeris, Belanda, atau salah satu daripada berbilang dialek asli yang ada, terutamanya Jawa. Tahap literasi di Indonesia semakin pantas meningkat, dengan lebih ramai warga Indonesia yang melanjutkan pelajaran mereka selepas tamat sekolah menengah.
Di peringkat institusi, Indonesia kini pantas berkembang sebagai pemain penting dalam dunia perniagaan. Negara ini kaya dengan sumber semula jadi dan industri yang pesat berkembang, dan semakin banyak organisasi dan perniagaan yang terlibat dalam pasaran perdagangan. Di Indonesia juga, semakin banyak pejabat sedang ditubuhkan untuk memenuhi kemasukan badan-badan asing ke pasaran Indonesia.
Elite Asia membantu kemasukan perniagaan dan organisasi ke pasaran Indonesia, melalui terjemahan dan penulisan terjemahan yang dapat mengukuhkan kedudukan mereka, dan menghubungkan mereka dengan audiens baru di Indonesia. Untuk menyampaikan mesej anda kepada pengguna Indonesia, anda perlukan perkhidmatan penterjemah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Indonesia / Bahasa Indonesia kepada Bahasa Inggeris yang profesional, bagi memastikan penggunaan bahasa dan rujukan budaya yang betul, dan yang boleh difahami oleh audiens yang luas.
Perkhidmatan terjemahan kami disediakan oleh individu yang memiliki kepakaran dalam bahasa tersebut, dan turut memahami budaya komersial dan interaksi antara perniagaan di Indonesia. Elite Asia membekalkan sokongan 24 jam sehari/7 hari seminggu – kami hanya mengambil penterjemah yang terbaik, dengan pengalaman dalam berbagai industri, termasuk jenama-jenama terkemuka di dunia. Perkhidmatan kami meliputi semua perkara, termasuk bahan pemasaran dan dokumen perniagaan untuk memastikan penyampaian mesej yang cekap dan berkesan.
Penterjemah kami adalah pakar dalam industri spesifik, penutur asli Bahasa Indonesia, atau kedua-duanya sekali. Setiap dokumen anda akan disediakan, disiapkan dan diperiksa dengan teliti untuk memastikan ketepatan dalam terjemahan Bahasa Indonesia kepada Inggeris / Bahasa Inggeris kepada Bahasa Indonesia. Penterjemah profesional kami akan menghasilkan terjemahan yang berkualiti tinggi, yang ditulis oleh manusia untuk manusia lain, dan bukannya dijana oleh komputer.
Terjemahan kami meliputi semua perkara seperti usul korporat dan risalah jualan, serta dokumen perundangan dan bahan e-dagang, dan semua nada asli Bahasa Indonesia akan digabungkan untuk menyampaikan mesej anda kepada audiens Indonesia dengan berkesan. Penterjemah yang diambil untuk bekerja di syarikat kami adalah yang terbaik, dengan kadar kelulusan 30% daripada semua permohonan penterjemah. Memahami kepentingan perkhidmatan terjemahan yang berkualiti tinggi, kami komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik bagi setiap projek yang diterima.