+65 6681 6717
230 Victoria Street, #15-01/08,Bugis Junction,Singapore 188024

Pematuhan PDPA

Elite AsiaPematuhan PDPA
#striped-custom-67e14f5d5088b h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-67e14f5d5088b h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-67e14f5d5088b h3:before {border-color:#cc0000!important;}
01

PENGENALAN KEPADA PDPA

Pada 1 Julai 2014, Kerajaan Singapura telah memperkenalkan Akta Perlindungan Data Peribadi, berikutan kebimbangan komuniti terhadap peningkatan dalam penerimaan komunikasi berkaitan promosi yang tidak diminta. Tujuan utama PDPA adalah untuk mengimbangkan penggunaan data peribadi pengguna oleh organisasi untuk tujuan komersial, dengan hak individu untuk melindungi data peribadi mereka.

#striped-custom-67e14f5d50f0b h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-67e14f5d50f0b h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-67e14f5d50f0b h3:before {border-color:#cc0000!important;}
02

APAKAH MAKLUMAT YANG DILINDUNGI?

Semua “data peribadi” seseorang individu akan dilindungi oleh PDPA. Demikian, data yang boleh mengecam seseorang individu akan dianggap sebagai “data peribadi”: nama penuh, Nombor NRIC, nombor pasport, foto-foto dan imej-imej CCTV, nombor telefon bimbit peribadi, alamat e-mel peribadi, nama dan alamat tempat tinggal.

#striped-custom-67e14f5d51433 h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-67e14f5d51433 h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-67e14f5d51433 h3:before {border-color:#cc0000!important;}
03

SEMBILAN KEWAJIPAN

Setiap organisasi mesti mematuhi sembilan obligasi undang-undang penting, yang membentuk Pematuhan PDPA asas. Organisasi-organisasi mesti memulakan pematuhan obligasi ini dari 2 Julai 2014. Senarai obligasi tersebut adalah seperti berikut:

Butiran lanjut boleh didapati di laman web Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi Singapura:
https://www.pdpc.gov.sg/personal-data-protection-act/overview

01

Obligasi Kebenaran

02

Obligasi Pembatasan Tujuan

03

Obligasi Notifikasi

04

Obligasi Akses dan Pembetulan

05

Obligasi Ketepatan

06

Obligasi Pembatasan Penyimpanan

07

Obligasi Perlindungan

08

Obligasi Pembatasan Pemindahan

09

Obligasi Keterbukaan

#striped-custom-67e14f5d51c3d h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-67e14f5d51c3d h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-67e14f5d51c3d h3:before {border-color:#cc0000!important;}
04

NOTIS RASMI BAGI DASAR PRIVASI BAHARU ELITE ASIA

Selaras dengan Pematuhan PDPA, , Elite Asia akan menghantarkan notis rasmi yang memaklumkan semua pelanggan korporat tentang Dasar Privasi baharu kami. Ia boleh didapati di https://www.eliteasia.co/ms/dasar-privasi/. Memandangkan kami sedang menyediakan pelancaran KELAB ELITE ASIA, kami juga meminta kebenaran semua pelanggan korporat melalui borang dalam talian di bawah, untuk menghubungi mereka menerusi saluran hubungan peribadi. 

Sila benarkan kaedah untuk menghubungi anda melalui borang di bawah. Kebenaran tersebut turut merangkumi kebenaran bagi Kakitangan Berdaftar Elite Asia dari Kumpulan Syarikat Elite Asia (iaitu Elite Asia Pte. Ltd, Elite Interpreters Asia Pte. Ltd dan Elite Linguistic Network LLP) untuk menghubungi pelanggan tentang projek mereka dan perkhidmatan yang disediakan untuk mereka.