Bahasa Tamil

Populasi di India adalah yang kedua terbesar di dunia, dan ia membentuk negara demokrasi yang terbesar di bumi ini. Sebagai bahasa rasmi di India, Bahasa Tamil ditutur oleh lebih daripada 65 juta orang India setiap hari. Bahasa Tamil adalah salah satu daripada dua puluh enam bahasa pertuturan di India dan di kawasan Asia Selatan. Bahasa Tamil turut dipakai di Sri Lanka dan Singapura.
Ekonomi yang berkembang pesat dengan adanya kos buruh yang rendah dan sektor industri yang kian meningkat, menjadikan India semakin popular di kalangan pelabur dan peniaga luar negara. Sebagai ekonomi yang ke-10 terbesar di dunia, India dijangka akan terus berkembang, dan hakikat ini mula disedari oleh perniagaan berasaskan Bahasa Inggeris.
Elite Asia adalah agensi terjemahan profesional yang diyakini. Kami menyediakan perkhidmatan terjemahan dan interpretasi Bahasa Inggeris kepada Bahasa Tamil (dan sebaliknya) yang terbaik. Disebabkan usianya yang amat tua, Bahasa Tamil dianggap sebagai bahasa yang rumit dan susah. Penterjemah kami adalah yang terbaik – mereka bertutur dalam Bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda – anda boleh yakin dengan terjemahan yang intuitif, tidak ketara, dan bukannya literal seperti terjemahan komputer.
Untuk memastikan penyediaan terjemahan yang berkualiti tinggi, kami membekalkan penterjemah profesional yang berkelulusan tinggi dalam bidang linguistik dan pengajian yang berkaitan. Jika anda perlukan terjemahan dokumen daripada Bahasa Tamil kepada Bahasa Inggeris, ataupun terjemahan isi daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Tamil, kami boleh menyediakannya.
Terjemahan kami merangkumi berbagai jenis kandungan seperti dokumen guaman, menu, sijil profesional, risalah komersial, penerangan produk e-dagang, usul perniagaan – apa jua terjemahan yang diminta, kami pastikan ia dijalankan dengan betul dan pantas. Untuk mencapai audiens global dan menjana lebih keuntungan, tingkatkan perniagaan anda dengan menterjemahkan kempen-kempen anda secara berkesan.
Di Elite Asia, kami bertekad untuk menyampaikan:
- Penyerahan pantas bagi semua projek, yang kecil mahupun yang besar
- Harga yang kompetitif, tanpa kos tersembunyi
- Berurusan secara ikhlas dan terbuka
- Kerja yang berkualiti tinggi dengan perhatian yang teliti
Apa jua projek yang anda perlukan, kami bersedia untuk menyediakan terjemahan secara pantas, mudah dan berkesan. Bagi kami, panjangnya sesuatu bahan komunikasi tidak membentuk sebarang halangan. Untuk memperkukuhkan organisasi anda, kami berusaha untuk menghasilkan terjemahan yang setanding dengan dokumen asal.