+65 6681 6717
230 Victoria Street, #15-01/08,Bugis Junction,Singapore 188024

Terma Penggunaan

Elite AsiaTerma Penggunaan

Hak cipta 2008 – 2019 Elite Asia

Tapak Jaringan Sejagat ini dimiliki dan dijalankan oleh

Elite Asia
www.eliteasia.co

8 Jurong Town Hall Road,
#25-02, The JTC Summit,
Singapore 609434

Menggunakan tapak ini bermakna anda mempersetujui semua terma, syarat dan notis yang terkandung atau dirujuk di dalam ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Penggunaan ini, sila jangan gunakan tapak ini. Kami berhak menggunakan budi bicara kami, untuk mengemas kini atau menyemak Terma Penggunaan ini, pada bila-bila masa. Sila semak perubahan pada Terma Penggunaan ini, dari masa ke masa.

Nama dagangan, tanda dagangan, logo dan tanda perkhidmatan Elite Asia dimiliki oleh Elite Asia. Semua nama dagangan, tanda dagangan, logo atau tanda perkhidmatan lain yang disebut di dalam ini, dimiliki oleh pemilik masing-masing.

Elite Asia dengan ini membenarkan anda untuk melihat, mencetak, dan mengedarkan maklumat yang diterbitkan oleh Elite Asia di tapak ini atau mana-mana tapak akses umum lain yang disediakan oleh pelayan web Elite Asia yang berpaut kepada Notis Perundangan dan Dasar Terma Penggunaan ini (secara bersama dipanggil, “Tapak”), dengan syarat:

(i) maklumat digunakan (oleh anda atau mana-mana pihak ketiga yang telah dihantarkan maklumat tersebut oleh anda) hanya untuk tujuan bermaklumat;
(ii) tiada yuran yang boleh dikenakan untuk pengedaran sebarang maklumat kepada mana-mana pihak ketiga; dan
(iii) sebarang dan semua hak cipta atau notis proprietari lain yang terdapat di Tapak atau mana-mana halaman Web Elite Asia, bersama dengan Notis Perundangan ini, mesti dipaparkan pada semua salinan yang dibuat atau diedarkan.

Sebarang maklumat, perspektif kami, metodologi, kajian, fail video, fail audio, kod perisian, foto, grafik, proses, teknologi atau bahan lain (“Bahan”) yang diterbitkan di tapak, mungkin merangkumi hak harta intelek milik Elite Asia, syarikat subsidiari atau pemberi lesen mereka. Terma penggunaan anda tidak memberi anda lesen kebenaran untuk mengguna, menyalin, mengedar atau memindahkan bahan.

Jika terma tambahan tidak disediakan di tapak-tapak tersebut atau mana-mana halaman Web Elite Asia, penggunaan mana-mana bahan seperti itu mesti mematuhi peruntukan ini.

Semua bahan yang disediakan melalui tapak adalah untuk tujuan bermaklumat sahaja, dan mungkin diubah atau dikeluarkan oleh Elite Asia pada bila-bila masa, tanpa notis. Elite Asia tidak bertanggungjawab atas ketepatan atau kesempurnaan bahan tersebut.

BAHAN-BAHAN DISEDIAKAN “SEADANYA”, TANPA SEBARANG JENIS WARANTI, TERMASUK (TANPA PEMBATASAN) APA-APA WARANTI TERSIRAT BAGI KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK SESUATU TUJUAN, ATAU KETIDAKLANGGARAN. Bidang kuasa tertentu tidak membenarkan pengecualian waranti tersirat, jadi pengecualian di atas mungkin tidak merangkumi anda. ELITE ASIA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA MANA-MANA PIHAK ATAS SEBARANG GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN ATAU TURUTAN BAGI SEBARANG PENGGUNAAN TAPAK, BAHAN ATAU MANA-MANA LAMAN WEB HIPERPAUTAN, TERMASUK DAN TIDAK TERBATAS KEPADA SEBARANG KEHILANGAN UNTUNG, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN PROGRAM ATAU DATA LAIN, MESKIPUN ELITE ASIA TELAH DINASIHATI DENGAN JELAS TENTANG KEMUNGKINAN BERLAKUNYA GANTI RUGI TERSEBUT.

Melainkan dinyatakan sebaliknya dengan jelas oleh Elite Asia, semua komen, maklum balas, maklumat atau bahan yang dihantar kepada Elite Asia oleh atau melalui tapak tersebut, akan dianggap bukan sulit dan akan menjadi milik Elite Asia. Menghantar komen, maklum balas, maklumat atau bahan ini kepada Elite Asia bermakna anda bersetuju untuk menyerahkan semua hak, hak milik dan kepentingan dalam hak cipta serta hak harta intelek lain ke atas komen, maklum balas, maklumat atau bahan tersebut, kepada Elite Asia tanpa kos atau yuran.

Tapak mungkin mengandungi hiperpautan ke laman Web pihak lain di luar kawalan Elite. Elite Asia tidak bertanggungjawab atas, dan tidak mengesahkan kandungan atau penggunaan laman web ini. Penyediaan pautan seperti ini tidak menandakan pengesahan atau sokongan Elite Asia terhadap laman web tersebut.

Tapak dikawal oleh Elite Asia dari ibu pejabatnya di Singapura. Anda bersetuju bahawa sebarang tindakan, prosiding atau perkara perundangan lain berkaitan akses anda atau penggunaan bahan atau tapak, akan dikawal oleh undang-undang Singapura. Jika sebarang tindakan undang-undang muncul di bawah ini, anda juga bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa mahkamah negeri di Singapura.

Anda tidak boleh mengakses, memuat turun, mengguna atau mengeksport bahan yang melanggar undang-undang atau peraturan eksport Singapura, atau yang melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan tempatan yang berkenaan.