+65 6681 6717
6 Shenton Way, #22-08, OUE Downtown 2, Singapore 068809

Bahasa Korea

Elite AsiaBahasaBahasa Korea
#striped-custom-60430ccb04cd9 h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-60430ccb04cd9 h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-60430ccb04cd9 h3:before {border-color:#cc0000!important;}

Bahasa Korea

Terjemahan

Bahasa Korea adalah salah satu bahasa tertua di dunia yang ditutur oleh 72 juta orang di semenanjung Korea (Korea Selatan dan Korea Utara menggunakan Bahasa Korea sebagai bahasa ibunda mereka). Di luar semenanjung Korea, kira-kira 2 juta orang di China bertutur dalam Bahasa Korea sebagai bahasa ibunda mereka, dengan dua juta orang lagi di Amerika Syarikat, 700,000 orang di Jepun, dan 500,000 orang di rantau-rantau Kazakhstan dan Uzbekistan di Rusia.

Untuk memenuhi permintaan tinggi bagi Perkhidmatan Terjemahan Bahasa Korea ini, Elite Asia telah memperhalus proses dalaman untuk memantapkan perkhidmatan pelanggan kami. PERKHIDMATAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA KOREA (SEBALIKNYA) akan melalui tiga peringkat, termasuk pembacaan pruf dan pengeditan oleh editor Bahasa Korea kami.

Terjemahan Bahasa Korea

Di Elite Asia, PERKHIDMATAN TERJEMAHAN BAHASA KOREA kami akan melalui proses yang amat teliti. Ini dapat membantu kami menguruskan berbagai jenis projek yang diterima, seperti dokumen, perjanjian, sijil lahir atau sijil kahwin. Penterjemah Bahasa Korea kami memiliki kepakaran dalam berbagai industri, dan boleh menterjemahkan dokumen perniagaan, risalah, teks perubatan, surat guaman, paten dan dokumen penghantaran.

Memandangkan penterjemah kami akan mengendalikan maklumat sulit bagi berbagai organisasi, kerahsiaan dokumen pelanggan akan diutamakan oleh kami pada setiap langkah dalam proses penterjemahan. Kami ingin membina hubungan kerja yang berpanjangan dengan semua pelanggan kami. Sebab itu kami memastikan keselamatan dan kerahsiaan dalam perkhidmatan terjemahan kami.

Setiap projek akan diuruskan secara individu, dan pengurus projek Bahasa Korea kami akan memberikan perkhidmatan khusus bagi memenuhi keperluan terjemahan pelanggan. Setiap pengurus akan berusaha untuk menyampaikan produk terjemahan yang tepat dari segi makna dan konteksnya, pada tarikh akhir. Bahagian PERKHIDMATAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA KOREA (SEBALIKNYA) di Elite Asia mematuhi standard perkhidmatan yang tertinggi.

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau sebut harga berkenaan Perkhidmatan Terjemahan Bahasa Korea kami, sila Hubungi Kami atau terus Minta Sebut Harga.

 

SINGAPURA: +65 6681 6717 Email-Elite-Asia     |     MALAYSIA: +60 3 9212 8558 Email-Elite-Asia

HONG KONG: +852 5801 9888 Email-Elite-Asia      |    JEPUN: +813 4510 7803 Email-Elite-Asia