Di Elite Asia, kami boleh membantu anda melabel, mengenal pasti, dan mentakrifkan jabatan-jabatan berlainan dalam organisasi anda. Kami juga menawarkan perkhidmatan penghasilan kandungan termasuk penulisan semula teks, penulisan iklan, pengeditan, penulisan artikel, pembacaan pruf dan penulisan terjemahan. Perkhidmatan menulis iklan seperti ini boleh memperbaiki dan menyerlahkan lagi kandungan syarikat anda.
Pasukan penulis iklan profesional kami akan berhubung terus dengan pelanggan anda. Melalui perkhidmatan seperti ini, kami yakin kami akan dapat memperbaiki komunikasi anda, dan mengukuhkan jenama serta kebolehlihatan anda, sambil memupuk kesetiaan pelanggan.
Perkhidmatan Kami
Menulis Iklan
Penulisan iklan kami berkualiti tinggi, dan mampu menarik perhatian audiens anda melalui penyampaian mesej yang tepat dan profesional. Kami boleh menghasilkan apa jua kandungan yang anda perlukan seperti brosur dan risalah, serta laman web dan kandungannya, dan bahan lain.
Penulisan Blog
Kami menggunakan kepakaran dan pengetahuan kami untuk menerapkan terma-terma SEO ke dalam teks, bagi menghasilkan blog yang asli dan menarik. Penulis blog kami menyediakan kandungan yang berilmu dan menarik, yang mampu menukar pelawat biasa ke laman web anda untuk menjadi pelanggan tetap.
Penulisan Artikel
Kami memahami keperluan untuk menarik perhatian audiens anda, dan sebab itu kami memastikan penulisan artikel yang terbaik. Artikel kami akan menyampaikan kandungan anda dengan cara yang mudah dibaca, bermaklumat dan berilmu.
Penulisan Kandungan Laman Web
Jika anda ingin tingkatkan masa pelawat berada di laman web anda, dan bilangan pandangan halaman yang diperolehi, anda perlukan bantuan kami untuk menyediakan kandungan yang berkualiti, dengan kata kunci yang optimum dan maklumat yang tepat.
Pembacaan Pruf
Reputasi perniagaan anda bergantung pada keberkesanan kandungan dan maklumat yang ditulis. Pasukan pembacaan pruf kami akan memeriksa kandungan anda dengan teliti untuk mengesan sebarang kesilapan tanda baca dan tatabahasa, selain ejaan yang salah.
PENGEDITAN TEKS DAN PENULISAN SEMULA
Kami boleh mengambil kerja yang asal dan menukarnya menjadi sesuatu yang lebih baik. Menduplikasikan kandungan mesti dielakkan, dan penulis kami akan memastikan ini tidak akan berlaku. Kami menjamin kandungan baharu yang disediakan akan disukai oleh enjin carian dan juga pembaca.