Jika anda ingin mencetak dan mengedarkan buku, manual, risalah, mahupun teks dalam gambar kepada audiens antarabangsa, kami menyediakan Penerbitan Atas Meja (DTP) atau Perkhidmatan Mengatur Huruf, untuk memastikan kekonsistenan dan ketepatan susun atur yang sama merentasi semua bahasa. Perkhidmatan ini akan menstandardkan imej-imej dan kandungan anda, dengan rupa dan gaya bahan sumber masih dikekalkan, supaya mesej anda sampai ke pasaran yang berlainan dengan berkesan.
Kerja Kami
Memeriksa Kesesuaian Jenis Tulisan
Susun Atur dan Format Halaman
Pembacaan Pruf bagi Seni Kerja Lepas DTP
DTP Perisian Antara Muka Grafik Pengguna (GUI)
Penukaran Fail
Pemeriksaan Cetakan
DTP Web dalam HTML, XML dan banyak lagi...
Perkhidmatan Penerbitan Atas Meja (DTP), atau Perkhidmatan Mengatur Huruf memastikan kekonsistenan dalam penampilan dan susun atur kandungan anda, dalam setiap bahasa. Kami memastikan jenama anda kelihatan sama dalam semua risalah, manual, buku atau teks imej, untuk audiens antarabangsa anda. Setiap kandungan akan dipastikan menepati standard yang tertinggi dengan rupa serta gaya bahan sumber masih dikekalkan, dan mesti boleh diakses oleh semua pasaran dan audiens.
Selain mengutamakan belanjawan dan masa yang diperlukan untuk menterjemahkan kandungan, memastikan kekonsistenan format dalam semua bahasa yang digunakan adalah penting juga. Pelanggan akan diminta menyediakan fail-fail boleh edit, yang boleh digunakan sebagai rujukan oleh penterjemah kami. Ini akan menjimatkan masa, kerana semakan akan dapat dikurangkan, sementara kualiti kerja yang tinggi akan tetap dikekalkan.
Kami di Elite Asia, komited sepenuhnya untuk menyampaikan perkhidmatan DTP yang terbaik. Kami turut menawarkan Perkhidmatan Pengurusan Cetakan untuk kegunaan anda. Ini bermakna, kami menyediakan perkhidmatan yang lengkap, untuk sentiasa memastikan kelancaran dan kecekapan setiap proses.