+65 6681 6717
6 Shenton Way, #22-08, OUE Downtown 2, Singapore 068809

Bahasa Jepun

Elite AsiaBahasaBahasa Jepun
#striped-custom-6043068add734 h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-6043068add734 h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-6043068add734 h3:before {border-color:#cc0000!important;}

Bahasa Jepun

Terjemahan

Bahasa Jepun ditutur oleh kira-kira 128 juta orang; di mana 124 juta daripadanya tinggal di Jepun dan di pulau-pulau sekitar pantai Okinawa. Baki seramai 4 juta orang tinggal di tempat-tempat lain. Tulisan Jepun terdiri daripada tiga abjad berasingan, iaitu Kanhi, Hiragana dan Katakana.

Jepun adalah pembuat dan pembawa inovasi teknologi yang terkemuka di dunia. Jadi, tidak hairanlah jika Nihongo (perkataan lain bagi Bahasa Jepun) dianggap sebagai salah satu bahasa yang paling berguna di dunia, dari sudut perniagaan, dan ia turut digunakan secara meluas dalam konteks saintifik, hiburan dan budaya. Pada 2010, Bahasa Jepun menduduki tempat ke-4 sebagai bahasa yang paling digunakan di Internet, dengan lebih daripada 130 juta penutur Bahasa Jepun yang ada sekarang ini.

Terjemahan Bahasa Jepun

Sebagai pakar dalam penterjemahan Bahasa Jepun kepada Bahasa Inggeris (dan sebaliknya), Elite Asia menyediakan penutur asli Bahasa Jepun khusus bagi memastikan keberkesanan kerja. Kami menjalankan proses saringan yang ketat, di mana semua pekerja yang diambil bekerja mesti memiliki pengalaman penterjemahan sekurang-kurangnya 5 tahun.

Perkembangan pesat perniagaan Jepun di seluruh Asia telah meningkatkan permintaan bagi penterjemah Bahasa Jepun yang profesional. Pasukan kami terdiri daripada penterjemah pakar yang berpengalaman dalam berbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, dan amalan industri berkaitan dengan pemasaran. Kami menggunakan penterjemah yang berpengalaman untuk memastikan terjemahan Bahasa Jepun kepada Bahasa Inggeris yang terbaik. Kami memahami kepentingan tarikh akhir, jadi kami sentiasa berusaha untuk menyerahkan dokumen dengan cepat, tanpa mengabaikan kualiti.

Bagi kami, terjemahan yang tepat dan berkesan memerlukan pemahaman budaya dan konteks, selain kemahiran tatabahasa dan perbendaharaan kata. Untuk memastikan kami menugaskan sesuatu kerja kepada penterjemah yang sesuai, kami akan menilaikan audiens sasaran, dan tujuan bagi dokumen yang diminta.

Setiap langkah dalam proses terjemahan akan diberikan perhatian yang teliti. Kami akan berbincang terlebih dahulu dengan pelanggan kami untuk benar-benar memahami permintaan mereka. Semua isu berkenaan terjemahan dan pengecaman ciri akan ditangani dengan sokongan khusus, dan setiap dokumen akan melalui pembacaan pruf yang menyeluruh sebelum dihantar. Di Elite Asia, anda dijamin untuk mendapat penterjemahan Bahasa Jepun yang terbaik mungkin.

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau sebut harga berkenaan Penterjemahan Bahasa Jepun kami, sila Hubungi Kami atau terus Minta Sebut Harga.

SINGAPURA: +65 6681 6717 Email-Elite-Asia     |     MALAYSIA: +60 3 9212 8558 Email-Elite-Asia

HONG KONG: +852 5801 9888 Email-Elite-Asia      |    JEPUN: +813 4510 7803 Email-Elite-Asia