Dalam era digital yang serba moden, kebanyakan perniagaan ingin menjadi syarikat digital dan berkembang ke peringkat global. Untuk ini, anda mesti memiliki laman web yang boleh difahami oleh pelanggan antarabangsa, yang memenuhi keperluan berlainan mereka, dan yang menarik penglibatan mereka. Penyesuaian Tapak Web memainkan peranan penting dalam proses penyetempatan perniagaan anda.
Untuk berinteraksi dengan pengguna dengan lebih berkesan, kandungan laman web anda perlu disediakan dalam bahasa yang mereka fahami. Jika tidak, anda tidak akan dapat mencapai atau menarik audiens yang disasarkan oleh anda. Pelanggan anda mungkin berasal dari berbilang negara dan bertutur dalam bahasa yang berlainan. Jika ini keadaannya, anda perlu menyediakan laman web anda dalam bahasa yang paling mudah untuk menarik mereka.
Selain daripada pemilihan bahasa yang sesuai, penyesuaian tapak web juga adalah amat bermanfaat. Untuk meluaskan jangkauan anda, kandungan anda perlu ditukar bagi memenuhi keperluan pelanggan di pasaran luar negara. Melalui kaedah terbukti seperti penggunaan SEO (Pengoptimuman Enjin Carian) dalam kandungan anda bersama dengan Penyesuaian Tapak Web, keberkesanan laman web anda boleh dioptimumkan. Ini akan membantu anda menembusi pasaran baharu, dan menyampaikan kandungan anda kepada audiens asing dengan lebih berkesan.
Manfaat
Meningkatkan Pengalaman Pengguna & Proses Pembelian
Laman web dalam bahasa asal pengguna akan menambahkan keselesaan mereka untuk berinteraksi, menavigasi melalui laman web anda, dan meningkatkan kemungkinan untuk membeli.
Mencapai Kedudukan Pasaran Terutama
Serlahkan kelebihan jenama anda, berinteraksi dengan audiens yang lebih besar, peroleh lebih banyak sumber perniagaan, dan sentiasa berada selangkah di hadapan pesaing anda.
Memudahkan Proses & Menyerlahkan Kebolehlihatan
Proses lengkap yang menjimatkan, sesuai, dan mudah dengan penggunaan palam berbilang bahasa dan penyepaduan dengan tapak-tapak WordPress.
Meningkatkan Jualan & Membina Keyakinan
Menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh pelanggan anda akan membantu membina keyakinan terhadap jenama anda.
Memaksimumkan Kebolehlihatan & Jangkauan
Menghasilkan kandungan yang bernas, dan mengoptimumkan penggunaan kata kunci asing boleh meningkatkan kedudukan carian organik anda.
Elite Asia menawarkan pengalaman yang berlainan, dengan Penyelesaian Penyetempatan Perniagaan yang bertujuan untuk memperolehi hasil, selain kesetiaan dan komitmen daripada bakal pelanggan. Sebelum ini, lokalisasi dan promosi telah diuruskan secara berasingan, tanpa kaitan atau sambungan antara kedua-duanya.
Melalui Penyesuaian Tapak Web, kami dapat menawarkan perkhidmatan penuh bagi syarikat anda, pada kos yang jauh lebih rendah. Elite Asia membantu syarikat mencapai matlamat mereka dengan merancang, melaksana dan mengatur kempen-kempen promosi berbilang saluran yang boleh mempertingkatkan lagi perniagaan mereka.