Berdasarkan maklumat daripada Statista, bilangan pengguna mudah alih akan mencapai 4.78 bilion pada 2020. Jelas di sini bahawa untuk menjayakan perniagaan anda, kemudahan mudah alih mesti diutamakan. Ini bermakna menyediakan pengalaman mudah alih yang bukan sahaja mudah diakses, tetapi disesuaikan dan dioptimumkan sepenuhnya. Perkhidmatan Penyesuaian Aplikasi/Perisian dari Elite Asia boleh membantu anda mencapai, menarik dan menghubungi audiens sasaran anda dengan pantas.

Manfaat
Konteks Visual
Alat CAT kami dilengkapi ciri pratonton semasa menterjemah atau menyemak terjemahan di aplikasi web atau aplikasi mudah alih. Antara muka kami menangkap susun atur yang tepat supaya anda dapat menterjemah menurut konteks, bagi mengurangkan kesilapan sambil meningkatkan kualiti.
Pelancaran Pantas
Elite Asia menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk menampung seluruh simpanan, supaya kandungan yang perlu diterjemahkan dapat dihantar dengan segera, tanpa tangguhan.
Satu platform Pusat
Kami boleh menyediakan kandungan bagi semua saluran anda termasuk kandungan bagi aplikasi mudah alih dan pelayar web. Semua kerja yang dibuat akan ditempatkan pada satu platform pusat, untuk memastikan kekonsistenan dalam semua kandungan anda, tanpa mengambil kira peranti yang digunakan. Melalui platform ini, kandungan anda juga dapat diringkaskan bagi memudahkan pengendaliannya!