+65 6681 6717
230 Victoria Street, #15-01/08,Bugis Junction,Singapore 188024

Bahasa Cina Ringkas

Elite AsiaBahasaBahasa Cina Ringkas
#striped-custom-661e0166ef818 h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-661e0166ef818 h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-661e0166ef818 h3:before {border-color:#cc0000!important;}

Bahasa Cina Ringkas

Terjemahan

Bahasa Cina sering disebut sebagai salah satu bahasa tertua di dunia yang pernah ditulis, iaitu hampir 6000 tahun dahulu menurut sesetengah ahli sejarah. Bahasa Cina merangkumi berbilang dialek, tetapi kebanyakannya boleh dikumpulkan ke dalam salah satu daripada tujuh kategori berlainan: Mandarin; Kantonis; Hakka; Wu; Gan, Min dan Xiang.

Dalam tujuh kumpulan ini, terdapat berbilang sub-bahasa, iaitu dialek-dialek pertuturan bagi kebanyakan (lebih 90%) orang Cina. 8% yang selebihnya bertutur dalam bahasa selain daripada Bahasa Cina, seperti bahasa Tibet, Miao dan Mongolia. Dialek-dialek Cina ini mempunyai banyak perbezaan di antaranya, tetapi kesemuanya disatukan di bawah satu peraturan sama: ia boleh ditulis dalam Bahasa Cina Ringkas atau Bahasa Cina Tradisional; di mana bahasa yang pertama biasanya dipakai di PRC (Republik Rakyat China), Malaysia dan Singapura.

Perlukan penterjemahan profesional daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Cina & sebaliknya? Elite Asia telah menyampaikan perkhidmatan terjemahan premium bagi pelbagai projek berlainan yang merangkumi berbilang industri dan perbadanan, selama hampir tiga puluh tahun. Di Singapura, kami dikenali sebagai agensi yang menyediakan terjemahan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.

Pasukan penterjemah kami yang berkelayakan, menawarkan kedua-dua terjemahan dan interpretasi, daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Cina / Bahasa Cina kepada Bahasa Inggeris. Di Elite Asia, kami turut menyediakan berbagai perkhidmatan berkaitan untuk projek spesifik, seperti transkripsi, dan kursus khusus untuk mengajar pengurus dan eksekutif yang ingin belajar bahasa Cina bagi tujuan perniagaan.

Kami akan menterjemah setepat yang mungkin bagi memastikan nada dan ketakketaraan komunikasi dirangkumi, dan tidak akan menterjemah secara literal, seperti terjemahan komputer. Panjang atau pendeknya terjemahan kami, makna yang dimaksudkan dalam dokumen asal pasti akan dikekalkan. Kami menyediakan terjemahan yang mudah difahami oleh penutur Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di serata dunia, supaya mesej anda dapat disampaikan ke pasaran global dengan berkesan.

Setiap ahli pasukan kami berkelulusan ijazah pendidikan tinggi dalam bidang berkaitan terjemahan, dan sedia untuk menterjemah apa-apa bahan yang diingini seperti kandungan sejarah perniagaan atau bahan promosi, daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Cina (& sebaliknya).

Pasukan penterjemah kami berkemahiran dalam terjemahan Bahasa Cina kontemporari, yang sesuai digunakan untuk tujuan rasmi, contohnya untuk laporan rasmi, usul perniagaan dan bahan komersial. Kami turut menyediakan terjemahan dalam bahasa basahan jika diperlukan (contohnya, untuk transkripsi masa nyata).

Di Elite Asia, kami berusaha untuk menyampaikan terjemahan dan interpretasi Bahasa Inggeris kepada Bahasa Cina (& sebaliknya) yang terbaik, bagi berbagai projek besar dan kecil.

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau sebut harga berkenaan Penterjemahan Bahasa Cina Ringkas kami, sila Hubungi Kami atau terus Minta Sebut Harga.

 

SINGAPURA: +65 6681 6717 Email-Elite-Asia     |     MALAYSIA: +60 3 9212 8558 Email-Elite-Asia

HONG KONG: +852 5177 9752 Email-Elite-Asia      |    JEPUN: +81 50 5050 9186 Email-Elite-Asia