+65 6681 6717
6 Shenton Way, #22-08, OUE Downtown 2, Singapore 068809

Bahasa Melayu

Elite AsiaBahasaBahasa Melayu
#striped-custom-60431924c7492 h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-60431924c7492 h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-60431924c7492 h3:before {border-color:#cc0000!important;}

Bahasa Melayu

Terjemahan

290 juta orang bertutur dalam Bahasa Melayu. Ia digunakan terutamanya di kawasan Selat Melaka, selain daripada Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan kawasan tertentu di Thailand. Bahasa ini ada kalanya disalah anggap sebagai bahasa Indonesia, kerana bunyinya yang amat serupa. Biasanya, individu yang bertutur dalam Bahasa Melayu boleh memahami lebih daripada separuh Bahasa Indonesia.

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bagi Brunei Darussalam di Borneo, dan ia juga merupakan salah satu daripada empat bahasa rasmi di Singapura. Hari ini, terdapat kira-kira 40 juta penutur Bahasa Melayu di serata dunia.

Terjemahan Bahasa Melayu

Pasukan kami di Elite Asia terdiri daripada penutur asli Bahasa Melayu yang terbaik, dengan pengalaman yang meluas dalam berbagai jenis industri. Pasukan pakar kami boleh mengendalikan semua keperluan anda, seperti terjemahan dokumen guaman daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu, ataupun terjemahan perubatan daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. Kami bersedia untuk menyediakan terjemahan dan interpretasi yang diminta bagi memenuhi keperluan projek anda, seperti kandungan promosi, penulisan teknikal atau bahan pendidikan.

Untuk menjadi penterjemah yang baik, sekadar bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa yang kedua adalah tidak memadai. Sebab itu kami hanya mengambil penutur asli yang terbaik, yang memahami budaya asal Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Ini memastikan mereka dapat menghasilkan terjemahan yang tepat, bagi menyampaikan mesej yang diingini dengan berkesan.

Selain terjemahan dan interpretasi daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu (dan sebaliknya), kami turut menawarkan perkhidmatan transkripsi, SEO berbilang bahasa untuk promosi dalam talian, dan kerja suara latar. Apa jua tugas yang projek anda perlukan, sama ada ianya adalah laporan ringkas, acara besar-besaran, laporan perundangan, sijil kelayakan, sebaris prosa, bahan promosi, ucapan, skrip filem dan TV, atau penulisan teknikal seperti penulisan manual arahan, kami di Elite Asia akan menerima setiap tugas dengan fikiran yang terbuka dan kesediaan untuk mencipta kandungan yang hebat.

Setiap terjemahan akan dijalankan dengan teliti bagi memastikan pelanggan kami mendapat respons yang pantas dalam waktu dapat balik yang singkat, tanpa menjejaskan kualiti kerja.

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau sebut harga berkenaan Terjemahan Bahasa Melayu kami, sila Hubungi Kami atau terus Minta Sebut Harga.

 

SINGAPURA: +65 6681 6717 Email-Elite-Asia     |     MALAYSIA: +60 3 9212 8558 Email-Elite-Asia

HONG KONG: +852 5801 9888 Email-Elite-Asia      |    JEPUN: +813 4510 7803 Email-Elite-Asia