+65 6681 6717
6 Shenton Way, #22-08, OUE Downtown 2, Singapore 068809

Terma & Syarat Perkhidmatan

Elite AsiaTerma & Syarat Perkhidmatan

Perjanjian ini membentuk ikatan sah antara Pelanggan dan ELITE ASIA, dan meliputi terma dan syarat bagi Perkhidmatan yang telah atau yang akan diberikan oleh ELITE ASIA.
Jika terdapat sebarang pertikaian, atau aduan tentang Perkhidmatan atau mana-mana elemen berkenaan Perkhidmatan yang disediakan, Terma dan Syarat ini akan berkuat kuasa. Penyerahan Kontrak Perkhidmatan Pelanggan yang sah (seperti pentakrifan di bawah) kepada ELITE ASIA bermakna Pelanggan telah membaca, memahami dan bersetuju dengan nyata, untuk mematuhi semua terma dan syarat dalam Perjanjian ini.

1. PENTAKRIFAN DAN PENTAFSIRAN

1.1. Dalam Perjanjian ini, perkataan dan terma berikut akan membawa makna yang berikut, melainkan konteksnya bermaksud sebaliknya:

a. “ELITE ASIA” merujuk kepada Elite Asia (SG) Pte. Ltd., Elite Asia Localisation (MY) Sdn. Bhd., atau Elite Asia (HK) Pte. Limited.

b. “Pelanggan” bermaksud individu atau entiti perniagaan yang telah menerima Kontrak Perkhidmatan rasmi daripada ELITE ASIA.

c. “Agensi” bermaksud agensi pengiklanan atau agensi perkhidmatan lain yang dibenarkan oleh Pelanggan, untuk berurusan dengan ELITE ASIA berhubungan Perkhidmatan ELITE ASIA yang akan disediakan untuk Pelanggan.

d. “Kontrak Perkhidmatan” bermaksud kontrak, cadangan dan/atau sebut harga yang ditandatangani oleh Pelanggan atau Agensi bagi pihak Pelanggan, untuk memesan Perkhidmatan.

e. “Perjanjian” bermaksud Terma & Syarat bagi Perkhidmatan ini.

f. “Syarat” bermaksud terma atau syarat dalam Perjanjian ini.

g. “Terjemahan” bermaksud terjemahan yang akan diterbitkan di pelbagai format atau platform media.

h. “Istilah Diluluskan” bermaksud sebarang ingatan terjemahan, terminologi atau istilah yang diluluskan oleh Agensi atau Pelanggan kepada ELITE ASIA, atau yang dicipta oleh ELITE ASIA dan diluluskan oleh Agensi atau Pelanggan, sebagai rujukan dalam menjalankan apa-apa Perkhidmatan.

i. “Perkhidmatan” merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada terjemahan, mengatur huruf/tipografi, transkripsi, penulisan iklan, pembacaan pruf dan pengeditan, pengesahan dokumen, ahli bahasa profesional, interpretasi serentak dan penyewaan peralatan audio & visual, lokalisasi, pengurusan projek, konsultasi dan nasihat, kursus latihan, reka bentuk grafik dan multimedia, promosi dalam talian dan pembangunan tapak web termasuk sistem pengurusan kandungan, platform pembelian dalam talian bersepadu dan pengoptimuman enjin carian, pengurusan kempen promosi enjin carian, saluran media sosial dan promosi menular.

j. “Bahan Sumber” merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada, semua reka bentuk, kerja seni, foto, negatif filem, disket, lukisan, carta, graf, rakaman audio/visual, grafik, antara muka pengguna, ‘rupa dan gaya’, kod program, skrip, aplikasi CGI, skrip PHP dan perisian serta bahan dan bekalan lain yang disediakan untuk atau berkenaan penerbitan, pemaparan, penyiaran, atau pengedaran sebarang bentuk promosi, iklan, kerja atau pemindaan kreatif, atau pembangunan/reka bentuk/pengehosan tapak web di media dalam talian, e-mel dan teknologi Internet serta komunikasi lain, skrin digital (termasuk LCD, Plasma, LED atau jenis lain), direktori interaktif, tayangan dinding, platform media ambien dan poster statik, perentang, papan iklan, pameran 2D/3D, terbitan cetakan dan item-item lain yang diserah kepada ELITE ASIA untuk menjalankan Perkhidmatan.

k. “Semakan” bermaksud sebarang cadangan pindaan atau semakan daripada Agensi atau Pelanggan kepada ELITE ASIA, berkenaan apa-apa serahan yang merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada Terjemahan atau Perkhidmatan.

l. “Tarikh Akhir Semakan” bagi sebarang Terjemahan atau Semakan bermaksud waktu yang dinyatakan dalam Notis Tarikh Akhir Semakan semasa atau yang berkenaan ketika Terjemahan atau Semakan tersebut diserah kepada ELITE ASIA, sebagai waktu pada mana salinan Terjemahan atau Semakan tersebut mesti diserah kepada ELITE ASIA.

m. “Notis Tarikh Akhir Semakan” bagi sebarang Terjemahan atau Semakan merujuk kepada notis daripada ELITE ASIA kepada Agensi/Pelanggan yang menetapkan masa di mana permintaan untuk Semakan mesti diserah kepada ELITE ASIA.

n. “Serahan” merujuk kepada versi akhir Bahan Sumber, yang telah diproses dan disediakan oleh ELITE ASIA untuk Agensi atau Pelanggan.

o. “Hari perniagaan” bermaksud mana-mana hari kecuali Sabtu, Ahad atau cuti awam di Singapura, Malaysia atau Hong Kong.

p. “Kadar Spesifik” bermaksud kadar yang dikenakan oleh ELITE ASIA bagi Perkhidmatan spesifik yang disediakan.

q. “Yuran” bermaksud semua yuran dan caj yang perlu dibayar bagi Perkhidmatan yang disediakan.

r. “Peralatan” bermaksud sebarang Peralatan interpretasi serentak atau Peralatan audio atau visual yang disewakan oleh ELITE ASIA kepada Agensi atau Pelanggan, bagi tempoh spesifik yang diminta untuk acara anjuran Pelanggan tersebut atau Agensinya.

s. “Hari Sewaan” bermaksud bilangan hari yang diperlukan oleh Agensi atau Pelanggan untuk menyewa Peralatan ELITE ASIA bagi acara anjuran Agensi atau Pelanggan tersebut.

1.2. Kecuali tidak diperlukan atau dibenarkan oleh konteksnya, rujukan kepada bilangan atau entiti tunggal turut merangkumi bilangan atau entiti majmuk dan sebaliknya; dan perkataan yang menandakan sebarang jantina akan merangkumi semua jantina. ‘Individu’ dalam Perjanjian ini termasuk mana-mana individu, syarikat, perbadanan, firma, perikatan, usaha sama, persatuan, organisasi, tabung amanah, negeri atau agensi negeri (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai personaliti sah yang berasingan).

1.3. Tajuk-tajuk di dalam ini berfungsi sebagai rujukan, dan tidak seharusnya menjejaskan atau mempengaruhi pembentukan mana-mana Syarat, dalam apa jua cara.

2. AGENSI

2.1. Agensi akan bertindak sebagai ejen Pelanggan:

a. berhubungan semua perkara tentang Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terbatas kepada kandungan, saiz dan spesifikasi lain, tarikh terbitan pertama, penyerahan Bahan Sumber, Pemindaan serta Yuran; dan

b. untuk menerima notis dan komunikasi lain daripada ELITE ASIA, di mana arahan, perintah atau persetujuan oleh Agensi akan merangkumi arahan, perintah atau persetujuan daripada Pelanggan.

2.2. Pelanggan akan meluluskan semua kenyataan atau tindakan Agensi berkenaan Kontrak Perkhidmatan serta Terjemahan, Pemindaan dan Bahan Sumber.

2.3. Pelanggan harus segera memberitahu ELITE ASIA secara bertulis, jika Pelanggan telah menamatkan Perkhidmatan Agensi, yang mana jika gagal diberitahu, ELITE ASIA akan terus berurusan dengan Agensi sebagai ejen kepada Pelanggan.

2.4. Jika ELITE ASIA menerima sebarang permintaan, arahan atau notis yang bertentangan atau tidak konsisten daripada Pelanggan dan Agensi, atau daripada lebih daripada satu Agensi yang mewakili Pelanggan, ELITE ASIA akan dibenarkan menjalankan mana-mana permintaan, arahan, atau notis tersebut, dan bukan perkara yang lain dan/atau hanya akan berurusan dengan Pelanggan atau mana-mana Agensi tersebut.

2.5. Jika Pelanggan menggunakan perkhidmatan Agensi, ELITE ASIA akan berurusan terus dengan Agensi tersebut berhubungan semua perkara berkaitan Kontrak Perkhidmatan serta Terjemahan, Pemindaan, Bahan Sumber, dan akan menghantar invois bagi Yuran kepada Agensi tersebut. Jika Pelanggan tidak menggunakan perkhidmatan Agensi atau ELITE ASIA dilantik terus untuk menyediakan Perkhidmatan, semua rujukan Agensi dalam Terma dan Syarat ini hendaklah diabaikan.

3. HARGA DAN PENGHANTARAN

3.1. ELITE ASIA boleh mengubah harga dan/atau anggaran penghantaran dalam Kontrak Perkhidmatan selepas menerima dan menilaikan teks/bentuk Bahan Sumber lengkap dan muktamad yang perlu diterjemah. ELITE ASIA berhak untuk mengira jumlah patah perkataan dalam Bahan Sumber setelah ia diterima.

3.2. ELITE ASIA akan memberitahu Pelanggan jika kiraan perkataan oleh ELITE ASIA berbeza daripada kiraan yang ditetapkan oleh Pelanggan sebelum ini. Jika ini berlaku, ELITE ASIA tidak akan menjalankan kerja tanpa memberitahu Pelanggan terlebih dahulu, tentang sebarang perbezaan daripada sebut harga yang asal.

3.3. ELITE ASIA akan memberitahu Pelanggan tentang sebarang caj tambahan atau penukaran tarikh penghantaran sebelum menjalankan Perkhidmatan.

3.4. Serahan hanya akan dianggap sebagai telah dihantar setelah ELITE ASIA menghantarnya melalui e-mel, faks atau komunikasi lain, kepada Agensi atau Pelanggan, yang mana boleh disahkan penghantarannya, jika diminta oleh Pelanggan.

3.5. Tarikh penghantaran hanya akan menjadi sah setelah ia disahkan secara nyata dan diberitahu kepada Pelanggan oleh ELITE ASIA. Jika ELITE ASIA menangguhkan penghantaran, Pelanggan akan diberitahu sebab-sebabnya oleh ELITE ASIA.

3.6. ELITE ASIA harus diberikan tempoh lanjutan yang mencukupi untuk menyiapkan kerja tersebut. Jika ELITE ASIA gagal menepati tempoh lanjutan yang telah dipersetujui, Pelanggan boleh merundingkan pengurangan Yuran yang munasabah.

3.7. Semua tuntutan lain oleh Pelanggan terhadap ELITE ASIA akan disekat di bawah peruntukan dalam Kontrak Perkhidmatan ini.

4. SPESIFIKASI PELANGGAN DAN BAHAN SUMBER

4.1 Agensi atau Pelanggan mungkin diminta menyediakan “Istilah Diluluskan” untuk kegunaan ELITE ASIA dalam Bahan Sumber yang ditetapkan. Jika Agensi atau Pelanggan tidak menyediakan “Istilah Diluluskan”, ELITE ASIA akan menterjemah terma-terma khusus yang terdapat dalam Bahan Sumber menurut penterjemahan makna yang biasa dan konvensional, dan akan menjalankan Perkhidmatan menurut proses dan prosedur Perkhidmatan standard ELITE ASIA.

4.2. Di mana berkenaan, Agensi atau Pelanggan perlu menyatakan variasi bahasa semasa membuat pesanan. Jika ia tidak dinyatakan oleh Agensi atau Pelanggan, ELITE ASIA akan mengandaikan salah satu pilihan adalah mencukupi.

4.3. Semua Bahan Sumber daripada Agensi atau Pelanggan yang diserah kepada ELITE ASIA mesti boleh dibaca, dan perlu diserah kepada ELITE ASIA dalam tempoh waktu dan format yang ditetapkan oleh ELITE ASIA, seperti: Word, PDF, JPG, GIF, TIF, Excel, Powerpoint, TXT.

4.4. ELITE ASIA akan dibenarkan mengolah semua Bahan Sumber yang diserah oleh Agensi atau Pelanggan sebagai versi rujukan yang betul, dalam menyediakan Perkhidmatan yang diminta oleh Pelanggan. Agensi atau Pelanggan harus memastikan semua Bahan Sumber mematuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam Kontrak Perkhidmatan.

4.5. ELITE ASIA tidak bertanggungjawab atas penangguhan penghantaran disebabkan Agensi atau Pelanggan gagal menghantar sebarang Bahan Sumber pada waktunya, sewajarnya, atau dalam format yang boleh diterima.

4.6. Jika pada bila-bila masa ELITE ASIA mendapati:

a. Penerbitan sebarang Bahan Sumber dengan sebarang kandungan (termasuk reka bentuk, foto, teks atau kenyataan di dalamnya) yang mungkin:

i. melanggar hak harta intelek atau hak lain mana-mana individu atau organisasi; atau

ii. memfitnah mana-mana individu atau organisasi; atau

iii. melanggar standard akhlak atau kesopanan umum; atau

iv. melanggar sensitiviti perkauman atau keagamaan; atau

v. melanggar sebarang undang-undang di Singapura atau bidang kuasa di mana ia akan diterbitkan; atau

vi. bertentangan dengan sebarang dasar ELITE ASIA; atau

b. Jika kebenaran atau kelulusan yang diperlukan bagi Terjemahan sebarang Bahan Sumber, atau kelulusan untuk menggunakan Bahan Sumber tidak diperolehi, ELITE ASIA boleh menggunakan budi bicara mutlaknya untuk:

i. menolak atau menamatkan Terjemahan atau penyediaan sebarang
Perkhidmatan yang memerlukan penggunaan Bahan Sumber itu; atau

ii. meminta Agensi atau Pelanggan menyemak atau mengubah bentuk dan/atau kandungan Bahan Sumber itu dan membuat semakan atau perubahan tersebut sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh ELITE ASIA; atau

4.7. Jika ELITE ASIA menolak permintaan terjemahan atau berhenti menjalankan sebarang Terjemahan atau Perkhidmatan, atau jika Agensi/Pelanggan gagal menyemak atau mengubah bentuk dan/atau kandungan Bahan Sumber itu menurut keperluan ELITE ASIA dalam tempoh tarikh akhir yang ditetapkan oleh ELITE ASIA, maka ELITE ASIA tidak bertanggungjawab kepada Agensi dan/atau Pelanggan atas sebarang ganti rugi dan/atau kehilangan yang ditanggung oleh Agensi dan/atau Pelanggan. Pengoptimuman

5. MENGUBAH/MENAMBAH BAHAN SUMBER SELEPAS PENYERAHAN DIBUAT KEPADA ELITE ASIA

5.1. Jika Agensi atau Pelanggan ingin mengubah atau menambah Bahan Sumber yang sudah diserahkan, Agensi atau Pelanggan perlu menyerahkan ringkasan kepada ELITE ASIA yang menyatakan dengan jelas perubahan yang dicadangkan, dan ini tertakluk pada kos tambahan.

5.2. Perubahan dalam yuran dan masa penyiapan yang disebabkan oleh pemindaan atau penambahan bahan kepada kerja yang sedang dijalankan, akan bergantung pada jenis, banyaknya, dan implikasi perubahan tersebut serta peratusan kerja yang telah disiapkan. ELITE ASIA akan memberitahu Agensi atau Pelanggan tentang perbezaan harga dan/atau masa penyiapan berbanding Kadar Ditetapkan yang asal, sebelum ELITE ASIA memasukkan perubahan atau tambahan tersebut ke dalam Serahan.

6. PEMILIKAN BAHAN SUMBER & SERAHAN

6.1. Semua hak proprietari kepada Bahan Sumber dan Serahan, adalah dan akan kekal sebagai harta milik mutlak dan eksklusif Pelanggan.

6.2. Meskipun perkara di atas adalah terikat, semua Serahan akan kekal sebagai milik (tetapi bukan risikonya) ELITE ASIA sehingga waktu tertentu di mana ELITE ASIA telah menerima Yuran penuh bagi kerja menghasilkan Serahan.

7. PENGENDALIAN KESILAPAN, SEMAKAN & TARIKH AKHIR SEMAKAN

7.1. Pelanggan bersetuju untuk menghantar ringkasan bertulis berkenaan sebarang kesilapan yang terbukti atau yang dianggap, dalam bahan Serahan yang telah diterima oleh Agensi atau Pelanggan, dan perlu menghantarnya sebelum Tarikh Akhir Semakan yang ditetapkan dalam Notis Tarikh Akhir Semakan.

7.2. Jika Agensi atau Pelanggan menghantar ringkasan kesilapan sebelum Tarikh Akhir Semakan, ELITE ASIA akan membetulkan Serahan tanpa kos tambahan kepada Pelanggan.

7.3. Bagi dokumen yang mengandungi sehingga 10,000 perkataan, Agensi atau Pelanggan akan diberi Tarikh Akhir Semakan selama 7 hari (1 minggu kerja) dari tarikh draf pertama diterima, untuk mengemukakan sebarang kesilapan yang terbukti atau yang dianggap, atau masalah Perkhidmatan dan permintaan Semakan. Tempoh ini dilanjutkan selama 14 hari (2 minggu kerja) bagi dokumen dengan lebih daripada 10,000 perkataan, melainkan dinyatakan sebaliknya oleh ELITE ASIA secara bertulis.

7.4. Setelah bahan Serahan yang telah dibetulkan atau disemak dihantar, dan ELITE ASIA tidak menerima sebarang komen baginya dalam tempoh Tarikh Akhir Semakan, ELITE ASIA akan menganggap Agensi atau Pelanggan sebagai telah menerima bahan Serahan tersebut, dan tidak bertanggungjawab atau berkewajipan atas sebarang kesilapan terbukti atau anggapan sesudah itu.

7.5. Jika Agensi atau Pelanggan perlukan Semakan lanjutan bagi Serahan selepas Tarikh Akhir Semakan, Agensi atau Pelanggan boleh meminta ELITE ASIA melanjutkan Tarikh Akhir Semakan, tetapi ini tertakluk pada kos tambahan. ELITE ASIA akan memberitahu Agensi atau Pelanggan tentang perbezaan Yuran dan/atau masa penyiapan berbanding Kadar Ditetapkan yang asal, sebelum memasukkan Semakan yang diminta ke dalam Serahan.

8. SYARAT-SYARAT BAGI PERKHIDMATAN LAIN

8.1. MENGATUR HURUF/TIPOGRAFI

a. Sebelum membuat pesanan, Agensi atau Pelanggan perlu memberi templat boleh edit kepada ELITE ASIA bersama dengan butiran elemen utama dalam Perkhidmatan mengatur huruf yang diminta.

b. ELITE ASIA tidak memegang sebarang tanggungjawab atau kewajipan, dan berhak untuk membatalkan komitmen mereka bagi menyediakan Perkhidmatan disebabkan kekurangan maklumat yang relevan daripada Agensi atau Pelanggan.

8.2. PERKHIDMATAN TRANSKRIPSI

a. Sebelum membuat pesanan, Agensi atau Pelanggan perlu memberi sumber audio yang berkualiti baik kepada ELITE ASIA bersama dengan butiran bagi Perkhidmatan transkripsi yang diminta, dan nyatakan keperluan bagi Serahan.

b. ELITE ASIA tidak memegang sebarang tanggungjawab atau kewajipan, dan berhak untuk membatalkan komitmen mereka bagi menyediakan Perkhidmatan transkripsi disebabkan sumber audio berkualiti rendah yang diberi oleh Agensi atau Pelanggan.

8.3. PERKHIDMATAN MENULIS IKLAN

a. Agensi atau Pelanggan perlu menyediakan arahan penulisan iklan yang terperinci bagi ELITE ASIA berdasarkan soal-selidik ringkas ELITE ASIA, serta maklumat terdahulu dan semasa yang diminta oleh penulis iklan.

b. Kadar Ditetapkan akan dibuat menurut arahan asal dan turut meliputi komunikasi berkenaan arahan, penyelidikan asas, penulisan, pembacaan pruf dan edit, penyerahan draf pertama dan Semakan yang diminta sebelum Tarikh Akhir Semakan. Membuat perubahan atau penambahan yang ketara pada arahan, atau kerja tambahan yang tidak disebut di atas, adalah tertakluk pada kos tambahan. ELITE ASIA akan memberitahu Pelanggan tentang kos tambahan yang perlu dipersetujui sebelum kerja diteruskan.

c. Penulisan kreatif adalah subjektif. Jika Pelanggan tidak berpuas hati dengan sebarang bahagian kerja yang telah diserahkan kepada Agensi atau Pelanggan atas apa jua sebab, sila beritahu kepada ELITE ASIA dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikannya. Jika Pelanggan masih tidak berpuas hati dengan serahan akhir selepas berbincang sepatutnya dan mengesahkan keperluan dengan jelas, Kontrak Perkhidmatan antara Pelanggan dan ELITE ASIA akan dibatalkan, dan hanya 50% Yuran kontrak yang perlu dibayar. Ini tidak merangkumi sebarang deposit yang telah dibayar. Deposit untuk mengesahkan kerja tidak akan dibayar balik. Dalam keadaan ini, ELITE ASIA tidak dipertanggungjawabkan atas liabiliti, kegagalan atau ketidakupayaan menyiapkan bahagiannya dalam Kontrak Perkhidmatan. Selain itu, hak cipta akan kekal sebagai milik ELITE ASIA, dan Pelanggan atau mana-mana pihak ketiga tidak boleh menggunakan sebarang penulisan yang telah disediakan oleh ELITE ASIA. Jika mana-mana bahagian kerja yang diserah telah digunakan, Yuran yang dipersetujui perlu dibayar dengan penuh.

d. ELITE ASIA tidak memegang sebarang tanggungjawab atau kewajipan, dan berhak untuk membatalkan komitmen mereka bagi menyediakan Perkhidmatan menulis iklan disebabkan kekurangan maklumat yang relevan atau arahan menulis iklan yang terperinci daripada Agensi atau Pelanggan.

8.4. PEMBACAAN PRUF DAN PENGEDITAN (BAGI TERJEMAHAN DOKUMEN YANG TIDAK DITERJEMAHKAN OLEH ELITE ASIA.)

a. Agensi atau Pelanggan perlu memberi kepada ELITE ASIA kedua-dua dokumen yang memerlukan pembacaan pruf/edit, serta Bahan Sumber asal dari mana Perkhidmatan tersebut telah disediakan

b. Jika kualiti terjemahan dibuktikan berada di bawah standard, ELITE ASIA berhak sepenuhnya untuk menggunakan kadar Perkhidmatan standard mereka. Dalam keadaan ini, ELITE ASIA akan memberitahu Pelanggan tentang harga dan masa penyiapan sebelum menjalankan Perkhidmatan.

8.5. PERKHIDMATAN PENGESAHAN DOKUMEN

a. Semasa membuat pesanan, Agensi atau Pelanggan perlu menyatakan sama ada dokumen tersebut memerlukan pengesahan di dalam negara atau di luar negara.

b. Jika perkara ini tidak dinyatakan oleh Agensi atau Pelanggan, ELITE ASIA akan menanggap pilihan pertama sebagai sudah memuaskan. Dalam kedua-dua keadaan, Perkhidmatan pembacaan pruf adalah wajib bagi dokumen yang telah diterjemahkan.

c. Jika Agensi atau Pelanggan memerlukan sesuatu dokumen diperakui, Agensi atau Pelanggan tersebut perlu menghantar dokumen yang asal kepada ELITE ASIA.

d. Agensi atau Pelanggan bertanggungjawab untuk mengesahkan keperluan institusi kerajaan atau pihak berkuasa di mana dokumen guaman akan diserahkan. Meskipun ELITE ASIA akan mengambil semua langkah yang mungkin bagi memenuhi keperluan dan tarikh akhir penghantaran, ELITE ASIA tidak bertanggungjawab atau berkewajipan atas penangguhan yang disebabkan oleh bencana alam atau birokrasi kerajaan.

8.6. PERKHIDMATAN AHLI BAHASA PROFESIONAL

Sebelum membuat pesanan, Agensi atau Pelanggan perlu memberi butiran acara kepada ELITE ASIA dan tetapkan bahasa bagi Serahan, sekurang-kurangnya 5 hari kerja sebelum acara tersebut. ELITE ASIA tidak memegang sebarang tanggungjawab atau kewajipan, dan berhak untuk membatalkan komitmen mereka untuk menjalankan acara disebabkan kekurangan maklumat yang relevan. Agensi atau Pelanggan boleh meminta ELITE ASIA untuk melanjutkan tempoh kerja, dan ini tertakluk pada kos tambahan. Perubahan harga kerana penambahan pada kerja yang telah dijalankan akan bergantung pada jenis, banyaknya, dan implikasi kerja tersebut. ELITE ASIA akan memberitahu Pelanggan tentang harga dan masa penyiapan sebelum membuat perubahan.

8.7. INTERPRETASI SERENTAK DAN PERKHIDMATAN PENYEWAAN PERALATAN AUDIO & VISUAL

a. Sebelum membuat pesanan, Agensi atau Pelanggan perlu memberitahu spesifikasi Peralatan dan bilangan setiap item yang perlu disewa kepada ELITE ASIA, sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum acara tersebut. Agensi atau Pelanggan boleh meminta ELITE ASIA untuk melanjutkan Hari Sewaan, dan ini tertakluk pada kos tambahan dan ketersediaan. Perubahan harga kerana penambahan Hari Sewaan akan bergantung pada jenis, banyaknya, dan implikasi kerja tersebut. ELITE ASIA akan memberitahu Pelanggan tentang harga dan ketersediaan sebelum melanjutkan Hari Sewaan.

b. ELITE ASIA tidak akan menjamin ketersediaan Peralatan pada tarikh yang ditetapkan sehingga Kontrak Perkhidmatan yang mengesahkan penempahan telah ditandatangani dan diterima oleh ELITE ASIA melalui e-mel, berserta Kontrak Perkhidmatan yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak, dan ini tertakluk pada syarat akhir Perkhidmatan, sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh acara.

c. Melainkan dipersetujui secara bertulis, Agensi atau Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan:

i. juruteknik yang bertugas boleh mengakses tempat pemasangan pada waktu yang ditetapkan dalam Kontrak Perkhidmatan.

ii. tempat tersebut telah disediakan sewajarnya untuk persidangan, dengan platform serta meja-meja siap diatur.

iii. semua Peralatan akan kekal di tempatnya setelah dipasang, dan tiada acara lain (Makan Malam, jamuan, majlis, dan lain-lain) yang akan berlangsung di tempat pemasangan tersebut sepanjang tempoh penyewaan, yang memerlukan Peralatan ditanggalkan dan dipasang semula.

iv. masa yang mencukupi pada penghujung acara untuk menanggalkan dan mengalihkan Peralatan.

v. penerima yang mencukupi harus dipesan terlebih dahulu, kerana ELITE ASIA tidak dapat menjamin penyediaan Peralatan tambahan selepas penempahan dibuat.

d. Penerima serta fon kepala akan diedarkan kepada dan dipungut daripada wakil-wakil oleh Agensi atau Pelanggan. Sepanjang tempoh penyewaan, Agensi atau Pelanggan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kecurian, kemusnahan, atau kerosakan Peralatan, yang berpunca daripada sebarang sebab (kecuali jika berpunca terus daripada kecuaian ELITE ASIA), dan hendaklah membayar balik kepada ELITE ASIA, jumlah yang diperlukan untuk mengganti Peralatan yang hilang atau membaiki Peralatan yang rosak. Agensi atau Pelanggan bertanggungjawab atas kehilangan sebarang penerima yang telah diserahkan kepada mereka, Pelanggan mereka atau wakil mereka, pada nilai S$480.00 setiap penerima dan S$50.00 setiap set kepala.

e. Merakam perkataan yang diterjemah adalah tertakluk pada hak cipta, dan Agensi atau Pelanggan harus mendapat kebenaran daripada ELITE ASIA sebelum membuat rakaman. Rakaman seperti ini tertakluk pada Yuran tambahan.

f. Agensi atau Pelanggan yang membatalkan penyewaan Peralatan selepas sebut harga ditandatangani/pengesahan e-mel diterima secara rasmi, akan dikenakan yuran pembatalan yang berikut:

i. 50% daripada nilai sebutan selepas sebut harga ditandatangani/pengesahan e-mel diterima secara rasmi.

ii. 100% daripada nilai sebutan jika pembatalan dibuat 2 minggu sebelum tarikh acara.

g. ELITE ASIA menjamin keupayaan Peralatan untuk menyediakan prestasi normal yang mencukupi bagi memenuhi keperluan acara Agensi atau Pelanggan. ELITE ASIA tidak akan bertanggungjawab jika Peralatan gagal untuk beroperasi disebabkan kegagalan kelengkapan di tempat acara, atau gangguan daripada individu yang tiada kebenaran. ELITE ASIA tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan yang ditanggung oleh Agensi atau Pelanggan akibat kegagalan Peralatan Sistem Interpretasi Serentak, melainkan Agensi atau Pelanggan layak menerima manfaat syarat atau waranti tersirat menurut Akta Amalan Perdagangan atau undang-undang yang serupa, di mana dalam situasi ini, liabiliti ELITE ASIA terhadap Peralatan akan dibataskan kepada pembaikan Peralatan atau penyediaan Peralatan yang setaraf, sementara Perkhidmatan akan dibataskan kepada penyediaan Perkhidmatan tersebut sekali lagi.

h. Agensi atau Pelanggan bertanggungjawab atas pembayaran hak cipta atau Yuran hak pelaksanaan, dan akan membayar ELITE ASIA untuk sebarang caj atau prosiding berkenaan perkara tersebut.

9. PENGISYTIHARAN DAN JAMINAN

9.1. ELITE ASIA mengisytiharkan dan akan menjalankan Perkhidmatan menurut prosedur Perkhidmatan yang standard.

9.2. ELITE ASIA tidak membuat jaminan atau pengisytiharan berkenaan sebarang penggunaan Bahan Serahan oleh Agensi atau Pelanggan, atau mana-mana pihak lain. ELITE ASIA tidak menjamin penggunaan sebarang maklumat yang berkaitan dengan atau yang terkandung dalam ini, tidak akan melanggar sebarang hak proprietari pihak ketiga.

9.3. Waranti dan pengisytiharan oleh ELITE ASIA di atas ini, dibuat sebagai ganti untuk semua waranti yang lain, sama ada yang nyata atau tersirat, termasuk apa-apa waranti tersirat bagi kebolehdagangan atau kesesuaian bagi sesuatu tujuan tertentu.

9.4. Agensi atau Pelanggan mengisytiharkan dan menjamin perkara yang berikut:

a. Mereka adalah pemilik atau pemegang lesen bagi Bahan Sumber dan semua komponennya.

b. Bahawa kandungan Bahan Sumber yang diserahkan dan sebarang penggunaan Serahan yang seterusnya tidak akan melanggar sebarang hak cipta pihak ketiga.

10. GANTI RUGI

10.1. ELITE ASIA tidak bertanggungjawab atas sebarang ganti rugi atau kehilangan sampingan, khas, atau turutan, mahupun tuntutan terhadap Agensi atau Pelanggan, oleh mana-mana individu atau entiti lain, yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan Perkhidmatan ELITE ASIA, tanpa mengambil kira jenis tuntutan atau punca tindakan, sama ada di dalam kontrak atau dalam tort, atau sebaliknya, dan meskipun ELITE ASIA telah dinasihati tentang kemungkinan ganti rugi tersebut, dan meskipun ia terkandung dalam cadangan yang berkaitan dan dokumen lain. ELITE ASIA tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau ganti rugi, mahupun pemulangan sebarang Bahan Sumber.

10.2. Pelanggan juga hendaklah melindungi, mempertahankan dan mengecualikan ELITE ASIA, pemilik, pengarah, pegawai, pekerja, kontraktor, wakil, ejen, dan pengganti serta pemegang hak, daripada dan terhadap, sebarang dan semua kehilangan, ganti rugi, kos dan perbelanjaan, termasuk Yuran guaman yang timbul daripada atau berkenaan dengan, sebarang tindakan guaman, dakwaan atau tuntutan yang dibuat berdasarkan:

a. pematuhan Perjanjian ini oleh salah satu pihak,

b. sebarang aktiviti komersial yang dijalankan oleh Pelanggan, termasuk pengenaan apa-apa jenis cukai.

c. sebarang dakwaan bahawa Serahan melanggar hak proprietari pihak ketiga.

11. PEMBATALAN KONTRAK PERKHIDMATAN

11.1. Jika Pelanggan melanggar Perjanjian ini, ELITE ASIA berhak untuk menamatkan penyediaan Perkhidmatan. Dalam hal ini, Pelanggan bertanggungjawab atas semua Yuran belum dibayar untuk Perkhidmatan yang telah disiapkan sebelum tarikh pembatalan, dan Yuran pembatalan kerana melanggar Kontrak Perkhidmatan. Yuran pembatalan standard yang akan dikenakan adalah SGD$200.00 atau 10% daripada jumlah nilai kontrak, yang mana lebih besar.

11.2. Jika ELITE ASIA melanggar Kontrak Perkhidmatan, Pelanggan boleh menamatkan hubungan Perkhidmatan dengan ELITE ASIA dan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat. Dalam perkara ini, ELITE ASIA akan memulangkan kepada Pelanggan, semua Bahan Sumber yang telah diberi oleh Agensi atau Pelanggan. Sebarang dan semua kerja yang telah disiapkan sebelum tarikh pembatalan juga akan diberikan kepada Agensi atau Pelanggan. Dalam kemungkinan di atas, Pelanggan hanya bertanggungjawab atas Yuran bagi kerja yang telah disiapkan

12. KERAHSIAAN

12.1. ELITE ASIA menjamin kerahsiaan kandungan semua Bahan Sumber yang diserahkan oleh Agensi atau Pelanggan.

12.2. ELITE ASIA menjamin kerahsiaan semua maklumat yang berkaitan dengan atau yang membutirkan ciri-ciri Bahan Sumber.

12.3. Selain pekerja/kontraktor ELITE ASIA yang perlu mengakses Bahan Sumber untuk menjalankan kerja, ELITE ASIA hanya akan mendedahkan sebarang maklumat berkenaan Bahan Sumber kepada mana-mana individu lain, dengan kebenaran Pelanggan terlebih dahulu.

12.4. Peruntukan di atas akan dibatalkan jika:

a. ELITE ASIA diwajibkan mendedahkan maklumat ini kepada pihak berkuasa.

b. Maklumat Bahan Sumber akan atau telah diketahui umum melalui cara lain selain daripada pendedahan yang dibuat oleh ELITE ASIA.

13. PEMBAYARAN

13.1. Jika pertikaian Yuran tidak diberitahu kepada ELITE ASIA melalui e-mel dalam masa lima (5) hari setelah invois diterima, entri akan dianggap sah.

13.2. Pengaturan Kredit

a. Jika terdapat pengaturan kredit antara ELITE ASIA dan Pelanggan, maka Pelanggan harus membuat pembayaran penuh kepada ELITE ASIA bagi semua Perkhidmatan yang telah disediakan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh invois sah diterima daripada ELITE ASIA, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh ELITE ASIA. Terma pembayaran akan diatur sebelum pesanan disahkan, dan akan dibutirkan dalam invois.  ELITE ASIA akan menghantar invois kepada Pelanggan melalui e-mel dan surat.

b. Jika Pelanggan dengan pengaturan kredit tidak membuat pembayaran dalam tempoh yang telah dipersetujui, ELITE ASIA boleh mengenakan caj kewangan 5% sebulan sehingga seluruh jumlah yang dihutang telah diterima. Hanya Pelanggan yang bertanggungjawab atas pembayaran; pembayaran oleh pihak lain akan diterima hanya jika telah diatur terlebih dahulu.

13.3. Pelanggan tidak boleh mengimbangi invois dengan tuntutan lain kecuali tuntutan tersebut tidak dapat dipertikaikan atau berkuat kuasa secara sah.

13.4. Jika ELITE ASIA mengupah firma guaman, peguam cara, atau agensi pungutan hutang untuk memungut Yuran yang tidak dibayar oleh Pelanggan, maka Pelanggan bersetuju untuk membayar ELITE ASIA kos dan komisen penuh yang dikenakan oleh firma guaman, peguam cara, atau agensi pungutan hutang tersebut.

13.5. Bayaran balik: Sila rujuk kepada dasar bayaran balik yang telah dikemas kini di laman web kami di www.EliteASIA.co atau minta salinan PDF melalui jabatan kewangan kami.

13.6. ELITE ASIA berhak untuk menyerahkan sebarang rekod delinkuen pelanggan dengan bayaran-bayaran tertunggak, untuk disenaraikan dalam rekod biro kredit di negara rumah Pelanggan, yang mana rekod tersebut boleh diakses oleh institusi kewangan dan syarikat lain yang meluluskan kredit untuk pinjaman peribadi atau korporat, dan permohonan kredit.

14. BENCANA ALAM

14.1. ELITE ASIA tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh Agensi atau Pelanggan atas kegagalan memenuhi Kontrak Perkhidmatan mereka kerana halangan atau sekatan bencana alam. Untuk tujuan syarat ini, bencana alam akan diertikan sebagai sebarang keadaan di luar kawalan ELITE ASIA.

14.2. Pelanggan tidak boleh menuntut diskaun bagi Yuran jika kewajipan mereka di bawah Kontrak Perkhidmatan tertangguh disebabkan bencana alam.

15. KESAHAN

Perjanjian ini hendaklah ditadbir, dikuatkuasakan dan diertikan menurut undang-undang negara di mana pejabat-pejabat Elite Asia beroperasi, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh ELITE ASIA.

(Tarikh terbitan: Oktober 2019)