Selain menyediakan pasukan ahli bahasa yang terbaik di rantau ini, kami turut memastikan penggunaan peralatan interpretasi premium. Peralatan kami menggunakan teknologi yang canggih untuk menyampaikan pengalaman mendengar yang terbaik.
Di Elite Asia, kami menggunakan sistem persidangan digital yang terbaik di dunia untuk menyampaikan Interpretasi Serentak. Peralatan interpretasi yang kami gunakan boleh menampung beberapa bahasa berlainan, melalui penggunaan teknologi digital dan sistem edaran bahasa inframerah. Sistem kami sesuai digunakan untuk berbagai acara seperti mesyuarat lembaga, persidangan antarabangsa, dan perjumpaan. Bagi perbincangan atau acara kecil-kecilan yang memerlukan Interpretasi Berturut, kami menggunakan sistem pandu rombongan wayarles, yang mampu menyampaikan terjemahan dalam bahasa yang diingini, kepada kumpulan pendengar 10-20 orang.
Tentang Bosch Integrus
Sistem Bosch Integrus menggunakan jalur frekuensi 2-6 MHz yang lebih tinggi supaya kami dapat beroperasi di luar skop pencahayaan dewan biasa. Dengan nisbah isyarat/bising yang lebih tinggi, serta pembetulan ralat secara automatik, sistem ini dapat menghasilkan isyarat yang jelas, di mana-mana sahaja di lokasi acara. Bunyi yang dihasilkan juga adalah sama dengan bunyi yang asal kerana pemancaran tidak akan terputus. Kejelasan bunyi ini akan memudahkan dan meningkatkan lagi pengalaman mendengar. Setiap komponen sistem boleh dikonfigurasi dan disambungkan dengan mudah. Pemancar dilengkapkan dengan radiator inframerah, yang boleh dipasang di berbilang tempat termasuk dinding, siling, atau tiang lantai (pendakap pilihan ada disediakan).
MENGAPA PILIH BOSCH
Teknologi terkini menghasilkan kualiti audio digital yang lebih baik
Tiada gangguan daripada pencahayaan frekuensi tinggi
Pembesar suara yang ringan dan mudah alih untuk memudahkan pergerakan wakil
Mampu menampung sehingga 32 saluran audio, dan sesuai digunakan untuk seminar antarabangsa besar-besaran
Saluran yang tidak dipakai akan dihapuskan secara automatik, untuk memudahkan navigasi oleh pengguna
Serba boleh dan fleksibel, dan mudah diselaraskan dengan sistem kongres seperti DCN
Menggunakan pemancar bantu untuk menyampaikan interpretasi kepada peserta dalam berbilang bilik.
PERALATAN INTERPRETASI SERENTAK
Pondok Kalis Bunyi
Penerima Poket
Fon kepala Stereo Ringan
Unit Kawalan Pusat
Pemancar Digital Berbilang Saluran
Meja dengan Mikrofon untuk Ahli Bahasa
Radiator
Penguat Audio
Mengapa Pilih Kami
Bersijil ISO 9001:2008
Mematuhi standard Sistem Pengurusan Kualiti untuk sentiasa mempertingkatkan, dan menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik bagi pelanggan kami.
Kerjasama Pasukan yang Baik
Pemasangan & penanggalan, juruteknik tunggu sedia, dan pengurus akaun disediakan bagi memastikan kejayaan acara anda
Harga Kompetitif
Menawarkan perkhidmatan yang diyakini, berkualiti dan cemerlang, serta kelebihan saingan yang lain, pada harga yang terbaik, tanpa sebarang kos tersembunyi.
Rekod Prestasi Terbukti
Memiliki pengalaman lebih sedekad dalam menyediakan perkhidmatan interpretasi kepada agensi kerajaan dan syarikat multinasional di rantau ini.