+65 6681 6717
230 Victoria Street, #15-01/08,Bugis Junction,Singapore 188024

Bahasa Vietnam

Elite AsiaBahasaBahasa Vietnam
#striped-custom-678fe7e5dbdb7 h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-678fe7e5dbdb7 h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-678fe7e5dbdb7 h3:before {border-color:#cc0000!important;}

Bahasa Vietnam

Terjemahan

Pada 2019, Vietnam mempunyai populasi yang ke-15 tertinggi, dengan kira-kira 97.3 juta penduduk. Lebih daripada 85% penduduk di Vietnam adalah penduduk asli negara ini, yang kini berada di bawah pimpinan kerajaan sosialis. Penduduk Vietnam menggunakan berbagai bahasa berlainan termasuk Cham; Khmer; Mường, Tày, Nùng, Cina dan H’Mông. Meskipun bahasa rasmi di Vietnam adalah Bahasa Vietnam, ia menggunakan simbol-simbol Bahasa Cina dalam penulisannya. Selain daripada bahasa yang berlainan, Vietnam turut mendukung berbilang agama – terutamanya agama Buddha, selain Konfusianisme, Taoisme dan Katolik.

Bahasa Vietnam sukar untuk difahami oleh penutur Bahasa Inggeris kerana cirinya yang menggabungkan simbol-simbol Bahasa Cina dengan cara sebutan yang unik. Namun, negara Vietnam semakin diminati sebagai destinasi pelancongan, dan sebagai pasaran yang baik untuk membangunkan perniagaan. Jika anda ingin meluaskan perniagaan ke pasaran Vietnam yang semakin pesat berkembang, anda perlukan perkhidmatan penterjemahan Bahasa Vietnam yang berkualiti tinggi.

Penterjemahan Bahasa Vietnam

Elite Asia menawarkan perkhidmatan penterjemahan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Vietnam (dan sebaliknya) yang boleh diyakini. Ibu pejabat kami terletak di Singapura, dan kami diiktiraf sebagai agensi terjemahan profesional yang boleh dipercayai, dengan asas pelanggan yang setia. Pasukan kami merangkumi penterjemah dan ahli bahasa profesional yang berkelayakan dalam Bahasa Vietnam.

Kami berusaha untuk memastikan setiap projek terjemahan disediakan dengan tepat dan padat. Sebab itu kami hanya menggunakan penterjemah penutur asli Bahasa Vietnam yang terbaik untuk menyampaikan mesej anda kepada audiens Vietnam. Penterjemahan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Vietnam (dan sebaliknya) yang disediakan oleh Elite Asia menawarkan:

  • Waktu penghantaran yang pantas, untuk apa jua saiz projek anda
  • Harga yang kompetitif, tanpa kos tersembunyi
  • Berurusan secara ikhlas dan terbuka
  • Kerja yang berkualiti tinggi dengan perhatian yang teliti

Apa jua saiz projek anda, kami sedia melaksanakannya. Bagi kami, teks yang panjang tidak semestinya berkualiti, dan terjemahan yang mantap boleh meningkatkan perniagaan anda.

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau sebut harga berkenaan Perkhidmatan Penterjemahan Bahasa Vietnam kami, sila Hubungi Kami atau terus Minta Sebut Harga.

SINGAPURA: +65 6681 6717 Email-Elite-Asia     |     MALAYSIA: +60 3 9212 8558 Email-Elite-Asia

HONG KONG: +852 5177 9752 Email-Elite-Asia      |    JEPUN: +81 50 5050 9186 Email-Elite-Asia