Bahasa Thai

Dari segi populasi, Thailand berada pada kedudukan ke-21 di dunia. Bahasa Thai adalah bahasa pertuturan rasmi di “Kerajaan Thailand”, yang dahulunya dipanggil Siam. Kira-kira 60 juta orang bertutur dalam bahasa Thai. Bilangan pelajar universiti dan pendidikan tinggi yang kian meningkat setiap tahun turut menambah populariti bahasa ini. Selain bahasa Thai, pelbagai bahasa lain turut digunakan di Thailand – terutamanya dialek Cina, Laos dan Melayu.
Kedudukan Thailand sebagai pengilang dan penyedia perkhidmatan profesional yang sedang berkembang pesat di pasaran global, menjadikannya semakin popular sekarang ini. Lokasi Thailand berhampiran dengan sekutu-sekutu utama mereka turut membantu meletakkan Thailand sebagai salah satu ekonomi yang paling pesat berkembang di Asia. Kesemua faktor ini mendorong kemasukan pelaburan antarabangsa ke Thailand.
Elite Asia adalah agensi interpretasi dan terjemahan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Thai (dan sebaliknya) yang profesional. Penterjemah kami adalah yang terbaik, dan terdiri daripada penutur asli Bahasa Thai dan ahli bahasa berkelulusan universiti. Setiap projek akan diolahkan dengan rapi dan teliti untuk memastikan kami menghasilkan terjemahan berkualiti tinggi yang setepat mungkin dengan dokumen asal. Terjemahan yang tepat akan dapat menyampaikan makna dan emosi teks asal dengan betul; ini hanya boleh dihasilkan oleh penterjemah manusia, dan penterjemah kami adalah yang terbaik.
Di Elite Asia, kami menyediakan perkhidmatan yang bukan sahaja profesional, malahan cekap juga. Setelah semua butiran projek disahkan, eksekutif projek kami akan menghantarkan dokumen tersebut untuk segera diterjemahkan oleh penterjemah kami. Kami memahami kepentingan waktu dapat balik yang singkat untuk terjemahan dan interpretasi, dan akan bekerja secepat dan setekun mungkin bagi menghasilkan terjemahan berkualiti tinggi.
Ringkasan perkhidmatan yang ditawarkan:
- Apa jua saiz projek anda, kami akan menghantarkan terjemahan yang diminta dalam tempoh masa yang singkat
- Harga kompetitif dan tawaran pukal
- Perbincangan ikhlas dan terbuka antara kami dan pelanggan kami
- Kualiti akan sentiasa diutamakan
Sama ada ianya sehelai dokumen atau seluruh portfolio, kami akan menghasilkan kualiti yang terbaik tanpa mengira saiz projek anda. Apa jua saiz projek anda, kami akan menyampaikan mesej anda secara bermakna dan berkesan bagi meluaskan jangkauan perniagaan anda ke pasaran antarabangsa.