Globalisasi dan teknologi telah meningkatkan keupayaan perniagaan untuk menjangkau lebih luas. Anda tidak perlu lagi memiliki syarikat yang besar untuk berkembang di peringkat global. Perniagaan kecil-kecilan juga boleh berkembang melalui promosi digital berbagai bahasa.
Perkara utama yang perlu dibuat adalah merancangkan cara untuk memenuhi permintaan pengguna, bagi mendapatkan respons daripada mereka. Anda mungkin perlu merancang beberapa kali sebelum berjaya, tetapi keputusannya nanti adalah setimpal dengan usaha anda.
Multilingual Marketing
PENULISAN TERJEMAHAN
Penulisan terjemahan menghasilkan semula kandungan bahasa sumber kepada bahasa lain, sambil masih mengekalkan respons emosi yang sama daripada audiens, serta konteks budayanya. Perniagaan disarankan mengguna penulisan terjemahan, dan bukannya terjemahan literal supaya jenama mereka dapat digambarkan dengan tepat di pasaran asing.
SEO DI TAPAK DAN LUAR TAPAK
Perkhidmatan SEO kami termasuk Penyelidikan Kata Kunci, SEO Di Tapak, SEO Luar Tapak, Penghasilan Kandungan, Laporan Prestasi & Kalendar Promosi di pasaran Asia. Kesemua ini boleh membantu memantapkan produk/perkhidmatan asas kami serta pengalaman pengguna.
PROMOSI MEDIA SOSIAL
Promosi Media Sosial boleh meningkatkan kesedaran terhadap jenama, di platform media yang paling popular seperti Facebook, Instagram dan LinkedIn. Menggunakan saluran media sosial untuk mencapai audiens sasaran boleh membuka lebih banyak laluan berkualiti tinggi.
PROMOSI DIGITAL CHINA
China adalah salah satu pasaran perniagaan yang terbesar. Menggunakan promosi digital kami seperti pemasaran WeChat, Baidu SEO & Sina Weibo dan lain-lain untuk berhubung dengan pengguna China boleh membantu meluaskan pasaran anda dengan mudah.
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERBILANG BAHASA
Laman web adalah wajib untuk perniagaan moden hari ini. Sesebuah syarikat perlu menyediakan laman web yang bukan sahaja dapat menarik berbagai jenis pelanggan, tetapi turut membezakan syarikat tersebut daripada pesaing mereka. Anda perlu memberi pelanggan sebab yang baik untuk membeli daripada anda, dan bukannya daripada orang lain.