Kebertanggungjawaban
1. | Kami bertanggungjawab atas semua data peribadi yang dikumpulkan. Semua data peribadi yang dikumpulkan akan digunakan dan diproses secara adil dan sah di bawah pemilikan atau penjagaan kami. Kami menjamin kepada semua pelanggan, bahawa kami akan bertanggungjawab atas pematuhan organisasi kami terhadap Dasar Privasi kami dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). |
Menetapkan Tujuan
2. | Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan digunakan untuk tujuan lain kecuali dibenarkan oleh pelanggan kami. Kami mengumpul maklumat pengecaman diri untuk tujuan berikut yang berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan/atau keahlian Kelab Elite yang telah dibeli, dipohon atau yang sedang dipertimbangkan oleh anda (secara bersama dipanggil “Tujuan Asas Penjualan dan Promosi”), di mana terpakai: |
a) memproses permohonan bagi sebarang produk, perkhidmatan atau keahlian Kelab Elite Asia yang ditawarkan atau diedarkan oleh kami (termasuk tetapi tidak terbatas kepada produk dan/atau perkhidmatan rakan promosi pihak ketiga Kelab Elite); | |
b) menyediakan produk, perkhidmatan atau keahlian Kelab Elite yang telah dipohon oleh anda; | |
c) menjalankan perkhidmatan pengesahan akaun; | |
d) menjana laporan kewangan, peraturan, pengurusan, jualan, promosi atau laporan lain yang berkaitan, dan analisis prestasi; | |
e) membuat penyemakan dengan Daftar Jangan Menelefon; | |
f) memenuhi atau mematuhi dasar dan prosedur Elite Asia, serta sebarang peraturan, undang-undang, kawalan, kod amalan atau garis panduan, perintah atau permintaan dari mana-mana mahkamah, badan undang-undang atau peraturan (di dalam dan di luar negara) (termasuk tetapi tidak terbatas kepada pendedahan kepada badan peraturan dan agensi kerajaan, yang menjalankan pemeriksaan audit, pengawasan dan penyiasatan); | |
g) tujuan perundangan (termasuk tetapi tidak terbatas kepada penguatkuasaan hak kami yang sah, merangka dan menyemak dokumen, mendapatkan nasihat guaman dan menyelesaikan pertikaian); | |
h) mengendali maklum balas atau aduan pelanggan; | |
i) menjaga keselamatan data Elite Asia; | |
j) mendaftar pengguna di tapak web kami; | |
k) memudahkan sebarang tugas perniagaan, pemindahan, penyertaan atau separa penyertaan yang dicadangkan atau yang sebenar, dalam mana-mana hak atau obligasi kami berkenaan hubungan anda dengan kami; dan | |
l) Jika anda memohon untuk atau memegang produk dan/atau perkhidmatan Elite Asia atau jenama bersama yang ditawarkan oleh Kumpulan Elite atau rakan promosi Kelab Elite Asia; Elite Asia dan rakan promosi kelab kami mungkin juga akan mengumpul, mengguna, dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk menawarkan, memasarkan, dan mempromosikan kepada anda, sebarang produk, perkhidmatan, tawaran atau acara yang dianggap sesuai untuk anda (“Tujuan Promosi Kelab”). Namun, ini tidak bermakna Elite Asia mengesahkan, memastikan, atau bertanggungjawab atas sebarang perkara yang timbul berkenaan produk atau perkhidmatan rakan promosi kami. | |
m) menjalankan penyelidikan pasaran, tinjauan dan analisis data berkenaan sebarang perkhidmatan atau produk yang kami sediakan (sama ada oleh Elite Asia atau secara bersama dengan pihak lain), yang mungkin relevan kepada anda (“Tujuan Penyelidikan”); | |
n) menawarkan, memasarkan dan mempromosikan kepada anda, sebarang produk, perkhidmatan, tawaran atau acara yang disediakan oleh Elite Asia atau rakan promosi Kelab Elite Asia, yang dianggap sesuai untuk anda (“Tujuan Promosi”); dan | |
o) tujuan yang berkaitan dengan perkara yang disebut sebelum ini. |
Kebenaran
3. | Kami tidak mengumpul maklumat sensitif daripada pelanggan. Kami menjamin semua maklumat yang dikumpul akan diguna atau didedahkan hanya untuk tujuan yang disebut sebelum ini, dan dengan kebenaran pelanggan. ‘Borang Kebenaran Pelepasan Data Peribadi’ akan digunakan untuk mendapatkan kebenaran anda. |
Pengumpulan Terhad
4. | Hanya data peribadi yang diperlukan yang akan dikumpul daripada pelanggan untuk tujuan-tujuan yang disebut sebelum ini. Jumlah dan jenis data yang dikumpul akan dibataskan kepada maklumat yang diperlukan untuk tujuan yang telah ditetapkan. |
Pembatasan Penggunaan, Pendedahan dan Penyimpanan
5. | Kami tidak akan mendedah, berkongsi, memindah, menjual atau menyewakan maklumat pengecaman diri kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak berkenaan. Namun, bagi tujuan yang dinyatakan di atas, kami mungkin akan berkongsi Data Peribadi anda dengan syarikat-syarikat sekutu kami, iaitu: Elite Asia Localisation (M) Sdn Bhd, Elite Asia (HK) Pte Ltd, dan rakan-rakan promosi Kelab Elite Asia di Singapura, atau di tempat-tempat lain. Kami akan meminta mereka memastikan kerahsiaan dan keselamatan dalam penggunaan Data Peribadi anda. E-mel promosi tanpa diminta tidak akan dihantar kepada pelanggan kami. Bagi memastikan privasi pengguna kami, mereka boleh memilih untuk tidak menerima komunikasi ini dengan menjawab untuk membatalkan langganan dalam barisan subjek e-mel tersebut. |
6. | Kami tidak akan menyimpan data peribadi lebih lama daripada waktu yang diperlukan untuk memenuhi tujuan asalnya. |
7. | Kami mematuhi garis panduan dan menempatkan prosedur untuk mengawal pemusnahan data peribadi yang tidak lagi diperlukan untuk memenuhi tujuan asalnya. |
8. | Kami tidak menggunakan “pepijat web” atau teknologi menjejak lain untuk mengumpul maklumat daripada pengguna laman web kami. Namun, kami ada menggunakan kuki Analitis Google di halaman web kami untuk mengumpul maklumat tentang pengguna laman web kami. Maklumat yang dikumpul akan digunakan untuk menyediakan kempen jualan atau promosi yang lebih baik, bagi meningkatkan lagi perkhidmatan pelanggan kami. Anda boleh menukar tetapan pada pelayar anda supaya diberitahu apabila anda menerima kuki. Kuki adalah fail teks kecil yang boleh dihantar dari laman web anda ke pelayar anda, yang kemudiannya disimpan dalam sistem anda. Jika anda ingin mematikan kuki berkaitan dengan teknologi ini, anda boleh melakukannya dengan menukar tetapan pada pelayar anda. Namun, jika anda berbuat demikian, anda mungkin tidak akan dapat menggunakan atau memasuki bahagian tertentu laman web Elite Asia. |
9. | Kami tidak akan memaparkan, atau menyediakan secara umum, sama ada melalui direktori dalam talian, senarai pelanggan mahupun, maklumat pengecaman diri yang telah dikumpulkan. |
Ketepatan
10. | Sebaik yang mungkin, kami menjamin ketepatan dan kekinian semua maklumat peribadi pelanggan yang dikumpulkan. Kami tidak menyimpan salinan maklumat peribadi dalam sistem yang berlainan. Memandangkan kekinian data mungkin berada di luar kawalan kami, Elite Asia meminta anda untuk sentiasa memastikan maklumat yang diberikan kepada kami adalah betul, tepat dan lengkap. Anda diminta memaklumkan kami tentang perubahan maklumat yang diberikan, tepat pada waktunya. |
Safeguards
11. | Kami mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi data peribadi daripada akses yang tidak sah, salah guna, pendedahan, penyalinan, penggunaan, pengubahan, kehilangan tidak sengaja atau kecurian, kemusnahan atau kerosakan. |
12. | Hanya kakitangan sah yang boleh mengakses sistem kami. Konsultan, kontraktor atau pekerja sementara yang lain tidak akan memiliki akses kepada data. Semua pelanggan dinasihati membaca Dasar Privasi kami untuk memahami objektif kami dalam mengumpulkan data peribadi mereka. |
Keterbukaan
13. | Dasar perlindungan data (Dasar Privasi) kami ada dipaparkan di laman web, dan dasar tersebut disediakan dalam medium bahasa sama yang digunakan di laman web. |
Akses Individu dan Pembetulan
14. | Pelanggan kami dibenarkan mengakses maklumat peribadi mereka. Selain itu, pelanggan boleh meminta data peribadi dibetulkan, dikemas kini atau dikeluarkan melalui proses yang dinyatakan dalam nombor 15 di bawah. |
15. | Jika maklumat pengecaman diri anda berubah, atau jika anda ingin menamatkan perkhidmatan kami, anda boleh membetulkan, mengemas kini atau mengeluarkan data peribadi anda di halaman maklumat ahli, atau hantarkan e-mel kepada pdpa@eliteasia.co. |
16. | Kami akan menjawab permintaan pelanggan kami dalam masa yang sesuai, dan tiada yuran akan dikenakan bagi penyediaan maklumat atau data yang diminta. |
Pautan
17. | Laman web ini mengandungi pautan ke tapak-tapak lain. Sila ambil maklum bahawa kami tidak bertanggungjawab atas amalan privasi bagi tapak-tapak lain. Dasar Privasi ini hanya meliputi maklumat yang dikumpulkan melalui tapak web ini. |
Penentangan Pematuhan
18. | Mekanisme dan proses tertentu ditempatkan untuk menerima dan menangani aduan atau pertanyaan tentang dasar dan prosedur kami berhubungan pengendalian data peribadi. Langkah-langkah yang bersesuaian akan diambil untuk meminda dasar dan prosedur bagi aduan yang didapati sah. Untuk sebarang aduan atau pertanyaan tentang dasar dan prosedur berhubungan pengendalian data peribadi, sila hubungi Pegawai Pematuhan kami di nombor hubungan yang tersenarai di bawah. Puan Alicia Ho Anda boleh menarik balik kebenaran anda untuk sebarang atau semua tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini secara bertulis, dengan menggunakan Borang Penarikan Balik Kebenaran yang tersedia di www.eliteaisa.co/PDPA Compliance. Jika anda menarik balik kebenaran anda bagi sebarang atau semua tujuan tersebut, dan bergantung pada permintaan anda, maka anda mungkin perlu berjumpa dengan wakil Elite Asia untuk membolehkan Elite Asia meneruskan penyediaan produk, perkhidmatan atau keahlian kelab bagi anda. |