Menyediakan dokumen dan bahan promosi dalam bahasa-bahasa lain boleh membantu anda menembusi pasaran asing dan menjalinkan hubungan perniagaan di sana, yang mana tanpa bahan tersebut, tidak mungkin akan dapat dilakukan. Pendekatan berbilang bahasa juga boleh memantapkan operasi global, dan meluaskan jenama anda ke negara-negara lain. Tanpa penterjemahan, anda tidak akan dapat berkongsi idea, ilmu ataupun maklumat. Kami menyediakan Perkhidmatan Terjemahan Isi dan Dokumen untuk komuniti perniagaan berdasarkan industri, lokasi, audiens sasaran dan fungsi mereka.
Meskipun pelanggan atau pemegang saham anda boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, berkomunikasi dalam bahasa asal mereka akan melancarkan komunikasi dan meningkatkan pemahaman. Ini akan membantu mempertingkatkan hubungan, dan memupuk kesetiaan serta keyakinan, sambil menjamin lebih keselamatan.
Jenis isi
- Risalah
- Kit Akhbar
- Halaman web
- EDM
- Blog / Paparan Media Sosial
- Katalog Produk
- Kertas Putih
- Kajian Kes
- Bahan Latihan (LMS)
- Dasar & Garis Panduan
- Slaid Pembentangan
- Usul Perniagaan
- Laporan Kewangan & Audit
- Laporan Usaha Wajar
- Laporan Tahunan
- Kontrak Undang-undang
- Lukisan Teknikal
- Sari Kata
Proses Penterjemahan
Proses terjemahan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat berasingan:
Mengapa Pilih Kami
Bersijil ISO 9001:2008
Pengiktirafan standard tertinggi menjamin perkhidmatan yang boleh diyakini, berkualiti dan cemerlang.
Komitmen NDA
Perjanjian Tidak Boleh Dedah akan ditandatangani untuk melindungi kerahsiaan kandungan anda sepanjang proses terjemahan.
Pembacaan Pruf Percuma
Perkhidmatan kami merangkumi pasca edit dan pembacaan pruf oleh penterjemah yang kedua. Ini akan memastikan dokumen akhir disiapkan dengan tepat, berkualiti tinggi dan mudah untuk dibaca.
Respons & Sokongan Pantas
Pengurus Akaun dan Pengurus Projek kami sedia membantu menjawab sebarang pertanyaan, mengawal proses, dan memastikan anda menerima kandungan anda pada waktunya.
Waktu Dapat Balik Singkat
Mampu menyiapkan terjemahan dokumen anda dengan pantas bersandarkan pasukan ahli bahasa yang besar, pengurusan projek yang berkesan, dan penggunaan teknologi yang terkini.
Penghasilan Istilah Percuma
Sistem Pengurusan Terjemahan yang dinamik untuk membina senarai istilah dan terminologi teknikal khusus, yang boleh diterapkan secara tepat dan konsisten dalam semua dokumen.
Penterjemah Penutur Asli yang Berpengalaman
Dapatkan perkhidmatan pakar bahan subjek yang berkelayakan, dengan pengalaman industri sekurang-kurangnya 5 tahun, untuk menterjemahkan dokumen anda dengan tepat.
Semakan Tanpa Had
Penyemakan kerja akan dibuat seberapa banyak kali yang diperlukan, sehingga anda benar-benar berpuas hati dengan setiap dokumen yang dihasilkan. **
** Penyemakan kerja tersebut bergantung pada saiz projek; dan tempoh semakan akan bermula sebaik sahaja kandungan terjemahan telah dihantar.