+65 6681 6717
230 Victoria Street, #15-01/08,Bugis Junction,Singapore 188024

Bahasa Cina Tradisional

Elite AsiaBahasaBahasa Cina Tradisional
#striped-custom-6754a8bc2f846 h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-6754a8bc2f846 h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-6754a8bc2f846 h3:before {border-color:#cc0000!important;}

Bahasa Cina Tradisional

TERJEMAHAN

Bahasa Cina dianggap sebagai salah satu bahasa tertua di dunia yang pernah ditulis, dan ia kaya dengan sejarah yang menjangkau hampir enam ribu tahun lamanya. Bilangan sebenar dialek Bahasa Cina tidak diketahui dengan tepat, tetapi kebanyakannya boleh dikumpulkan ke dalam salah satu daripada tujuh kategori berikut: Mandarin; Kantonis; Hakka; Wu; Gan; Min dan Xiang.

Kira-kira 92% penduduk Cina bertutur dalam satu atau lebih banyak dialek-dialek ini; dan 8% yang selebihnya bertutur dalam bahasa Tibet, Mongolia serta Miao. Bahasa Cina ditulis dalam dua cara: Bahasa Cina Tradisional, yang biasanya digunakan di Taiwan dan Hong Kong, serta Bahasa Cina Ringkas – kedua-duanya digunakan secara umum merentasi semua dialek.

Elite Asia telah menyampaikan kepakaran mereka dalam terjemahan dan interpretasi Bahasa Cina sepanjang 10 tahun yang lepas. Sepanjang waktu ini, kami telah menguruskan projek-projek yang semakin besar dan rumit, dan kini kami merupakan agensi penterjemahan Bahasa Cina yang terkemuka di Singapura, dengan rangkaian pelanggan yang setia.

Kami menawarkan berbagai perkhidmatan termasuk terjemahan dan interpretasi Bahasa Cina ke Bahasa Inggeris oleh ahli bahasa yang terbaik. Kami juga mengajar Bahasa Cina Tradisional untuk tujuan perniagaan. Jika anda memegang jawatan eksekutif, program ini mungkin sesuai untuk anda.

Panjang atau pendeknya teks yang diterjemahkan, kami akan memastikan makna dokumen asal tersebut akan disampaikan melalui terjemahan yang teliti dan tepat. Untuk mengekalkan nada serta ketepatan makna yang dimaksudkan, terjemahan yang profesional turut merangkumi interpretasi. Sama ada anda inginkan penterjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Cina atau sebaliknya, kami akan menyampaikan mesej anda dengan berkesan supaya anda dapat mencapai audiens sasaran anda di serata dunia.

Jika anda perlukan terjemahan bagi kad perniagaan daripada Bahasa Cina Tradisional kepada Bahasa Inggeris, atau dokumen perundangan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Cina Tradisional, penterjemah kami yang berkelayakan sedia untuk menjalankannya dengan cekap dan berkesan. Pengkhususan kami terletak dalam terjemahan Bahasa Cina formal, tetapi kami turut menyediakan terjemahan dalam bahasa basahan jika diperlukan, seperti untuk transkripsi tidak formal.

Pasukan di Elite Asia berpengalaman luas dalam bidang ini, dan mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Cina, interpretasi Bahasa Cina ke Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Apa jua skala projek anda, setiap satunya akan diuruskan dengan pantas dan diberikan perhatian rapi.

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau sebut harga berkenaan Penterjemahan Tradisional Bahasa Cina kami, sila Hubungi Kami atau terus Minta Sebut Harga.

SINGAPURA: +65 6681 6717 Email-Elite-Asia     |     MALAYSIA: +60 3 9212 8558 Email-Elite-Asia

HONG KONG: +852 5177 9752 Email-Elite-Asia      |     JEPUN: +81 50 5050 9186 Email-Elite-Asia