Di Elite Asia, kami menawarkan perkhidmatan transkripsi secara berasingan, atau yang boleh digabungkan dengan terjemahan kami. Kami menawarkan berbagai jenis Transkripsi di Asia termasuk transkripsi perbincangan, transkripsi guaman, transkripsi untuk penyelidikan atau kumpulan tumpuan, transkripsi korporat, dan transkripsi untuk kandungan am. Transkripsi kami tidak dibataskan kepada yang ini sahaja, dan transkripsi jenis lain turut disediakan. Apa jua keperluan transkripsi anda, pasukan pakar kami yang profesional akan menyampaikan hasil yang terjamin dan teliti.
Meskipun kadar Transkripsi kami di Asia adalah berkesan kos, kami tidak akan menjejaskan kualiti semata-mata untuk menjimatkan wang. Selain menawarkan perkhidmatan yang bernilai, kami sentiasa memastikan anda akan mendapat transkripsi yang tepat dan berkualiti tinggi, tepat pada waktunya. Sebelum transkripsi diserahkan kepada anda, pentranskripsi profesional kedua akan memeriksa, menyemak dan membaca pruf kandungan untuk memastikan ketepatannya.
Perkhidmatan Kami
TRANSKRIPSI DI LOKASI
Bagi perkhidmatan ini, pentranskripsi akan mentranskripsikan kandungan audio dan video bagi perundingan dan perbincangan perniagaan, pada waktu dan di tempat pilihan pelanggan.
Transkripsi Diedit
Bagi Transkripsi Diedit, pentranskripsi perlu memahami makna dan konteks maklumat yang diberikan dalam fail video atau fail audio. Ini perlu dilakukan sambil memastikan penghasilan transkripsi yang jelas dan boleh difahami.
Transkripsi pintar
Transkripsi pintar merangkumi transkripsi penuh bagi perbualan, di mana elemen tidak penting seperti ayat yang tidak lengkap, jeda, emosi dan gelak ketawa akan dikeluarkan untuk menghasilkan transkripsi yang boleh difahami.
Transkripsi Verbatim
Transkripsi Verbatim menyediakan transkrip bertulis yang merangkumi setiap perkataan yang disebut, termasuk ayat yang tidak lengkap, emosi mahupun gelak ketawa dan lain-lain.
Manfaat Utama Perkhidmatan
Perkhidmatan transkripsi yang fokus-pelanggan, fleksibel dan profesional
Proses keselamatan ketat ditempatkan untuk menjamin kerahsiaan pada setiap peringkat
Semua transkripsi yang dihasilkan adalah tepat dan akan disahkan oleh pentranskripsi lain sebelum dihantar
Projek transkripsi akan diselia oleh Pengurus Projek, yang sentiasa menjawab dengan pantas dan berkomunikasi dengan sopan
Kadar yang berpatutan untuk menyediakan transkripsi yang menjimatkan, yang merangkumi transkripsi penyelidikan, transkripsi kumpulan tumpuan, transkripsi guaman, transkripsi perniagaan, transkripsi perbincangan, transkripsi kandungan am, transkripsi perubatan, transkripsi Bahasa Cina dan transkripsi berbilang bahasa. Kami turut menyediakan transkripsi sidang video, transkripsi audio siar dan terjemahan.