Penyesuaian E-Dagang
Setiap perniagaan e-dagang yang ingin meluaskan sayap ke peringkat global, pasti akan menghadapi satu rintangan besar. Rintangan itu adalah bahasa! Untuk berjaya menjual produk anda merentasi berbilang negara, anda perlu menerangkan produk tersebut dalam bahasa asal negara yang ingin dimasuki. Di sinilah penyesuaian e-dagang dapat dimanfaatkan untuk mengembangkan jenama dan jualan anda di luar negara.
Jadi, apakah itu penyesuaian e-dagang? Ringkasnya, ia adalah proses di mana semua butiran produk anda diterjemahkan ke dalam bahasa yang digunakan oleh penduduk di negara yang anda ingin menjual produk tersebut. Namun, ini memerlukan lebih banyak usaha daripada sekadar menukar bahasa, kerana apa jua terjemahan yang disediakan harus mengambil kira unsur budaya dan sensitiviti tempatan.

Mengapa Perlu Memilih Penyesuaian E-Dagang?
MENINGKATKAN KEBOLEHLIHATAN
Kebolehlihatan produk anda akan dapat dimaksimumkan. Ini kerana, apabila pengguna tempatan mencari produk dalam bahasa mereka, produk anda akan muncul dalam keputusan carian mereka.
MEMPERBAIKI PROSES PEMBELIAN
Anda akan memudahkan proses pembelian bagi pelanggan. Ini kerana, jika anda membeli produk daripada laman web yang bukan berada dalam bahasa asal anda, biasanya anda tidak berapa pasti jika anda telah memesan benda yang betul. Sering kali, isu ini akan mengurangkan minat pembeli antarabangsa untuk membeli produk tersebut.
MENINGKATKAN JUALAN PRODUK
Menterjemahkan produk anda kepada bahasa asal orang lain akan segera meningkatkan keyakinan mereka terhadap anda. Ini kerana anda telah meluangkan masa untuk menterjemahkan produk anda. Jenama anda akan lebih diyakini, dan jualan akan meningkat.