+65 6681 6717
230 Victoria Street, #15-01/08,Bugis Junction,Singapore 188024

Perundangan

Elite AsiaPerundangan
#striped-custom-678e99ccbf894 h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-678e99ccbf894 h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-678e99ccbf894 h3:before {border-color:#cc0000!important;}

Penyelesaian Perundangan Berbilang Bahasa

Terjemahan perundangan merangkumi lebih banyak perkara daripada sekadar fasih bertutur dalam beberapa bahasa sahaja. Penterjemah perlu benar-benar memahami kerumitan dan teori teknikal dalam perundangan, selain memahami konteks budaya yang terkandung dalam bahasa sasaran yang mereka perlu terjemahkan.

Ini khususnya adalah penting bagi terjemahan perundangan, kerana sekecil-kecilnya kesilapan boleh mempengaruhi keputusan kehakiman. Jadi, meskipun semua aspek terjemahan yang lain perlu diutamakan, ketepatan adalah wajib bagi terjemahan perundangan, dan ini bermakna anda harus berhati-hati semasa memilih mana-mana syarikat terjemahan.

Jika anda perlukan interpretasi perundangan, transkripsi perundangan bagi kontrak perniagaan, ataupun terjemahan dokumen perundangan, Elite Asia sedia membantu melalui Penyelesaian Perundangan Berbilang Bahasa.

Penyelesaian Perundangan Berbilang Bahasa
#striped-custom-678e99ccc10a6 h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-678e99ccc10a6 h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-678e99ccc10a6 h3:before {border-color:#cc0000!important;}
kami

Penyelesaian

Terjemahan Perundangan

Terjemahan Perundangan memerlukan kearifan dalam terma dan istilah undang-undang, teori terjemahan, dan pemahaman teknikal dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran yang berkenaan.

Perkhidmatan Terjemahan Perundangan kami merangkumi sebarang teks bertulis dan dokumen, seperti sijil, kontrak, perjanjian dan memorandum yang mungkin diminta untuk kegunaan agensi kerajaan dan agensi kehakiman

BACA LAGI

Transkripsi Perundangan

Transkripsi Perundangan merujuk kepada proses menukar ucapan kepada teks, menurut konteks sesuatu acara perundangan. Ia boleh disediakan secara berasingan, atau bersama dengan perkhidmatan terjemahan perundangan kami. Perkhidmatan kami merangkumi sebarang fail audio atau video yang mungkin diminta untuk kegunaan agensi kerajaan dan agensi kehakiman. Transkrip boleh disediakan dalam Bahasa Inggeris, diterjemahkan kepada satu atau lebih banyak bahasa sasaran, atau kedua-duanya.

Elite Asia menawarkan dua jenis perkhidmatan Transkripsi Perundangan : transkripsi perundangan luar lokasi, dan transkripsi perundangan di lokasi

BACA LAGI

Transkripsi Perundangan Di Lokasi

Transkripsi Perundangan Di Lokasi memerlukan kehadiran pentranskripsi di lokasi, di tempat yang telah ditetapkan, untuk mencatatkan acara perundangan, secara bertulis. Perkhidmatan ini sesuai untuk kegunaan pelanggan yang memerlukan transkrip perundangan dengan segera.

Jenis perkhidmatan ini yang paling kerap diminta adalah Transkripsi Mahkamah, di mana pentranskripsi perlu berada di mahkamah untuk menjalankan transkripsi yang berkenaan.

BACA LAGI

Interpretasi Perundangan

Interpretasi Perundangan umumnya, merujuk kepada penterjemahan kandungan perundangan di lokasi, secara lisan.

Ini termasuk kandungan perundangan yang memerlukan interpretasi berturut atau interpretasi serentak. Kami juga ada menjual dan menyewakan sistem interpretasi serentak untuk kegunaan pelanggan yang memerlukannya

BACA LAGI

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau sebut harga berkenaan Penyelesaian Perundangan Berbilang Bahasa, hubungi jabatan urusan perundangan kami untuk mendapatkan sebut harga.  Sila Hubungi Kami atau terus Minta Sebut Harga.

 

SINGAPURA: +65 6681 6717 Email-Elite-Asia     |     MALAYSIA: +60 3 9212 8558 Email-Elite-Asia

HONG KONG: +852 5177 9752 Email-Elite-Asia      |    JEPUN: +81 50 5050 9186 Email-Elite-Asia