ACARA PELANCONGAN MASUK
Menarik Pelancongan Masuk di Acara Pelancongan, Pameran & Pesta Dagangan
Menyertai acara pelancongan antarabangsa memberi peluang untuk anda tingkatkan kesedaran dan terangkan budaya negara anda kepada orang lain. Di acara seperti ini, anda boleh menceritakan kisah sejarah anda, mencadangkan produk tempatan yang terbaik, dan membetulkan sebarang salah faham tentang negara anda. Yang paling menarik, acara ini boleh dimanfaatkan untuk menarik kemasukan pelabur dan pelancong ke negara anda. Ini adalah penting kerana sektor pelancongan diperlukan demi kesejahteraan ekonomi negara.
Masalah di acara antarabangsa besar-besaran seperti ini, adalah kehadiran begitu ramai peserta yang bertutur dalam bahasa yang berlainan. Ini bermakna mereka mungkin tidak akan dapat memahami maklumat tentang negara anda. Bagi Organisasi Pemasaran Tempat (DMO), masalah ini boleh merugikan kempen promosi yang berkos tinggi. Elakkannya dengan menjalankan kempen berbilang bahasa!
Mengapa Acara Pelancongan Masuk Anda Perlukan Promosi Berbilang Bahasa
Menarik kemasukan pelawat dan pelancong dari serata dunia, seperti China, Amerika Syarikat, dan Jerman, yang tidak semestinya bertutur dalam bahasa ibunda anda. Mengukuhkan jenama tempat anda dan mempamerkan tarikan-tarikan dalam bahasa yang difahami oleh mereka.
Daripada 10 pembelanja terbesar dalam pelancongan antarabangsa pada 2016, 60% daripadanya tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa asal mereka. Tarik perhatian segmen pelancongan ini menggunakan bahan komunikasi acara dan kempen promosi yang boleh difahami.
Mempromosikan negara, negeri atau tarikan anda dalam berbilang bahasa akan memberi jenama anda penampilan antarabangsa dan menunjukkan pendekatan global serta keprihatinan anda terhadap sensitiviti budaya.
Tempatkan syarikat anda dalam enjin carian supaya anda dapat dijumpai di pasaran pertumbuhan tinggi, seperti China, Korea Selatan, dan Vietnam, di mana enjin carian setempat berfungsi dalam bahasa asal.
Bagi industri pelancongan, menyambut baik kedatangan pelawat dan memastikan keselamatan mereka adalah wajib. Menyediakan bahan komunikasi, tanda-tanda, dan pembentangan acara dalam bahasa yang ditutur oleh bakal pelawat akan meningkatkan keyakinan dan kepuasan mereka, sambil mempromosikan tempat anda secara berkesan.