+65 6681 6717
230 Victoria Street, #15-01/08,Bugis Junction,Singapore 188024

Kewangan

Elite AsiaKewangan
#striped-custom-664f8a2b6f7ce h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-664f8a2b6f7ce h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-664f8a2b6f7ce h3:before {border-color:#cc0000!important;}

Penyelesaian Perbankan dan Kewangan Berbilang Bahasa

Jika anda ingin berkembang ke pasaran antarabangsa, atau jika anda sudah pun memiliki syarikat global yang kukuh, anda masih perlu menterjemahkan sebarang laporan kewangan dengan tepat. Untuk memastikan kualiti tinggi dalam sebarang terjemahan kewangan, anda perlu menggunakan syarikat yang mempunyai ahli bahasa yang berkualiti dan berpengalaman dalam terma kewangan, dan inilah sebabnya anda patut memilih syarikat kami.

Pasukan penterjemah kami terlatih tinggi, dan mampu memahami terma kewangan yang paling rumit. Penyelesaian Perbankan dan Kewangan Berbilang Bahasa dari Elite Asia memastikan makna asal sebarang laporan yang diterjemahkan akan dikekalkan.

penyelesaian perbankan dan kewangan berbilang bahasa
#striped-custom-664f8a2b7092f h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-664f8a2b7092f h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-664f8a2b7092f h3:before {border-color:#cc0000!important;}

Perkhidmatan Kami

Terjemahan Kewangan

Mana-mana syarikat kewangan yang ingin berkembang ke luar negara perlu menterjemahkan laporan kewangan mereka kepada bahasa-bahasa lain, dengan sepenuh ketepatan. Jika tidak, anda mungkin akan ketinggalan, sementara pesaing anda pula yang akan berjaya berkembang ke peringkat global.

Perkhidmatan terjemahan kami memastikan sebarang dokumen akan diterjemahkan dengan sepenuh ketepatan dan keprofesionalan oleh pakar kewangan kami. Sebarang dokumen yang diserahkan kepada kami akan diterjemahkan, dengan semua makna asal dokumen dikekalkan.

BACA LAGI

Penulisan Kewangan

Selain menterjemahkan laporan kewangan, usaha lain perlu dijalankan untuk berkembang ke pasaran antarabangsa. Anda perlu menampilkan kepakaran dalam ekonomi tempatan. Kami menyediakan perkhidmatan penulisan kewangan, di mana kami boleh menyediakan penulisan kewangan yang profesional, dalam bahasa pilihan anda.

Berikut adalah contoh-contoh perkhidmatan penulisan kewangan yang disediakan:

  • E-Buku Kewangan
  • Isi Laman Web Kewangan
  • Artikel Kewangan dan Blog
  • Pembentangan dan Kertas Putih

BACA LAGI

Terjemahan Laporan Kewangan

Pada penghujung tahun kewangan, semua syarikat kewangan akan sibuk menyiapkan laporan tahunan mereka. Laporan ini mengandungi maklumat tentang ekuiti, peristiwa penting, pencapaian, dan rancangan syarikat pada masa depan, dan akan diedarkan kepada pemegang saham, pekerja, rakan niaga dan bakal pelabur.

Bagi sebuah syarikat antarabangsa, laporan penting ini mesti disediakan dalam beberapa bahasa supaya ia dapat dibaca oleh semua pihak. Syarikat kami boleh menterjemahkan laporan tahunan anda kepada beberapa bahasa, selain mengedit mahupun menulis laporan anda.

BACA LAGI

PENYESUAIAN APLIKASI/PERISIAN

Semakin pesat teknologi berkembang, semakin banyak syarikat kewangan yang menggunakan perisian dan aplikasi setiap hari. Kami boleh memastikan kesesuaian perisian tersebut untuk digunakan di platform antarabangsa, dengan menterjemahkan perisian anda supaya ia boleh digunakan di beberapa negara.

BACA LAGI

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau sebut harga berkenaan Penyelesaian Perbankan dan Kewangan Berbilang Bahasa, hubungi jabatan urusan kewangan kami untuk mendapatkan sebut harga. Sila Hubungi Kami atau terus Minta Sebut Harga.

 

SINGAPURA: +65 6681 6717 Email-Elite-Asia     |     MALAYSIA: +60 3 9212 8558 Email-Elite-Asia

HONG KONG: +852 5177 9752 Email-Elite-Asia      |    JEPUN: +81 50 5050 9186 Email-Elite-Asia