Acara FinTech
Menganjurkan acara antarabangsa adalah cara yang paling baik untuk menyatukan orang ramai dari serata dunia. Kehadiran begitu ramai peserta yang mana kesemuanya bertutur dalam bahasa yang berlainan bermakna sesetengah peserta mungkin tidak akan dapat memahami ucapan utama, ceramah dan seminar yang tidak disampaikan dalam bahasa mereka.
Sebab ini, anda sebagai penganjur acara, harus menghapuskan rintangan bahasa yang ada, dengan menggunakan interpretasi dan transkripsi untuk kegunaan jemputan anda. Ini bukan sahaja dapat mengatasi sebarang rintangan bahasa, malahan ia juga akan menyenangkan jemputan dan penceramah anda.
Mengapa Kami Menjadi Pilihan Penganjur Acara FinTech
Semua ahli bahasa kami memiliki kepakaran dalam bidang mereka, dan mampu memahami serta menterjemahkan dengan tepat, serumit-rumitnya subjek dalam ucapan penceramah anda. Ahli bahasa kami memiliki pengalaman dalam industri kewangan, dan kemahiran dalam subjek serta terma teknikal khusus.
Kami cekap untuk bertindak dengan pantas bagi menangani sebarang perubahan yang mungkin berlaku di acara anda. Ini bermakna kami dapat memenuhi keperluan interpretasi anda dalam situasi kecemasan.
Kami menyediakan perkhidmatan yang profesional dan mudah, supaya anda dapat menumpukan perhatian pada bahagian acara yang lain sementara kami memastikan semua kerja interpretasi berjalan dengan lancar.
Diiktirafkan dengan pensijilan ISO 9001:2008, perkhidmatan terjemahan dan interpretasi syarikat kami turut merangkumi perbankan perdagangan dan MNC. Bersama syarikat kami, anda boleh rasa yakin dan selamat