+65 6681 6717
230 Victoria Street, #15-01/08,Bugis Junction,Singapore 188024

Temu Mesra 2014

Perasmian Sesi Temu Mesra Kelab ELITE ASIA 2014 telah berlangsung pada 7hb November, 2014, di Restoran Sichuan Shishan Hanten, yang bertempat di aras 35 Hotel Mandarin Orchard. Acara temu mesra ini telah dihadiri oleh berbilang tetamu, yang merangkumi pelanggan dan individu bukan pelanggan ELITE ASIA . Ini termasuk sektor-sektor perbankan dan kewangan, institut pendidikan, firma guaman, agensi kerajaan, kumpulan hospitaliti, perbadanan runcit, syarikat perhubungan awam atau acara, serta pelbagai firma global.

Acara temu mesra ini telah dimulakan dengan penayangan klip video pendek bertajuk ‘Suntory Time!’. ‘Suntory Time!’ telah dipetik daripada filem, ‘Lost in Translation’, lakonan Bill Murray. Adegan ini memaparkan ketakmampuan seorang ahli bahasa untuk menterjemah iklan daripada Bahasa Jepun kepada Bahasa Inggeris. Video ini memberi penerangan ringkas kepada audiens, tentang proses interpretasi berturut, dan ciri-ciri ahli bahasa yang berkualiti rendah. Unsur jenaka turut diselitkan di mana ELITE ASIA telah menjamin ketiadaan ahli bahasa seperti ini di tempat kami. (Sila tonton video tersebut di sini.)

 

Acara ini telah diikuti oleh ucapan utama, dengan topik ‘Multilingual ABC – Asia Business Communications’, yang telah disampaikan oleh En. Michael Kuan, iaitu Pengarah Pemasaran Kumpulan bagi ELITE ASIA. Dalam ucapan beliau, En. Kuan telah menerangkan pelancaran Aplikasi Mudah Alih Kelab ELITE ASIA, yang boleh dimuat turun oleh hadirin untuk mendaftar bagi cabutan bertuah di acara tersebut. Meja bantuan Aplikasi Mudah Alih telah disediakan di luar pintu masuk restoran bagi memudahkan hadirin memuat turun aplikasi tersebut. Seramai tiga pemenang bertuah telah diumumkan sejurus sebelum penutupan acara. Pemenang-pemenang bertuah tersebut adalah Akio Uchida dari Jast Techniques Pte Ltd, Linda Li, Jurulatih ELITE ASIA, dan Dennis Lee dari Leftfield Pte Ltd, yang telah dipilih secara rawak untuk menerima hadiah-hadiah istimewa.

Aplikasi mudah alih Kelab ELITE ASIA menyediakan platform komunikasi bersama yang penting antara pelanggan dan kakitangan ELITE ASIA. Ia turut berfungsi sebagai saluran ganjaran bagi pemberian baucar, diskaun dan hadiah. Pengguna aplikasi ini turut dimaklumkan tentang acara-acara yang dianjurkan atau disokong oleh ELITE ASIA. ELITE ASIA kini sedang menambahkan fungsi-fungsi tambahan yang lebih bermanfaat bagi ahli-ahli Kelab ELITE ASIA.

Untuk memenuhi selera berbagai kumpulan hadirin berlainan yang ada, kami telah menyajikan bermacam-macam hidangan lazat di restoran Shishan tersebut. Sajian kami menggabungkan makanan Barat seperti roti kanape dan hidangan istimewa yang popular dari Asia seperti Chawanmushi dan popia Szechwan dari Jepun. Para tetamu telah menyampaikan setinggi-tinggi pujian kepada Cef Chen Kentaro atas keenakan mi sup pedas (Dan Dan Mian) hidangan beliau, juga kepada Cef Babu atas penyediaan pencuci mulut istimewa yang amat menyelerakan.

Keselesaan para tetamu turut dipastikan dengan suasana yang santai, di mana mereka dapat menikmati hidangan wain dan minuman lain sambil beramah mesra. Suasana restoran telah diserikan dengan lampu-lampu candelier dengan konsep oriental yang cantik, yang turut menambahkan lagi keselesaan tetamu di acara tersebut. Para hadirin benar-benar menikmati jamuan pada malam itu, dan hanya beredar selepas beberapa jam acara tersebut tamat pada 6:30 ptg.

Sebagai acara tahunan yang utama, acara temu mesra ini bertujuan untuk menarik orang ramai ke syarikat, dan turut memainkan peranan penting dalam ekosistem perniagaan Singapura. Kami berhasrat untuk membina empayar perniagaan antarabangsa, dengan menyediakan terjemahan dan interpretasi berkualiti tinggi yang dapat menghapuskan semua rintangan bahasa.

Para penterjemah Acara kami di ASIA mampu menyampaikan bahan komunikasi bagi acara anda, dalam berbilang bahasa yang diminta.