Dari 4hb hingga 6hb Julai 2014, ELITE ASIA telah menyertai Pesta Kerjaya dan Pendidikan tahunan Jobcentre di Pusat Konvensyen Suntec. Pesta Kerjaya dan Pendidikan Jobscentral (JCEF) 2014 melibatkan penyertaan 100 majikan utama dari berbagai industri di Singapura, dan institusi pendidikan lanjutan yang lain. Semua warga Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang pas Kerja/Pelajar yang sah boleh mengunjungi pesta ini secara percuma. Pengunjung dapat berinteraksi dengan wakil-wakil daripada berbagai syarikat, memohon kerja di tapak pesta, menghadiri seminar yang menarik untuk memudahkan usaha mencari pekerjaan baharu bagi mereka, selain mendapatkan petua untuk berjaya dalam kerjaya, daripada golongan veteran industri.
Penyertaan ELITE ASIA di pesta ini mempunyai dua objektif utama: Pertama, untuk mengenali sendiri bakat-bakat yang akan mengunjungi tapak di pesta, dan memilih bakat-bakat yang berpotensi untuk ditemu duga di pejabat syarikat, selepas pesta kelak. Kedua, untuk mempromosikan bahagian pendidikan Rangkaian Linguistik Elite dan pelbagai kursus yang ditawarkan kepada semua pengunjung di pesta.
Dalam minggu-minggu sebelum acara diadakan, banyak kerja persiapan yang perlu dibuat, di mana pasukan pemasaran telah berjaya menyediakan satu siri poster untuk memperkenalkan ELITE ASIA dan perkhidmatan kami, memperkenalkan Kursus Bahasa Cina untuk Pelajar Baru melalui Rangkaian Linguistik Elite, serta poster-poster bagi kerja kosong yang tersedia untuk dimohon oleh pengunjung di pesta tersebut.