+65 6681 6717
230 Victoria Street, #15-01/08,Bugis Junction,Singapore 188024

LocWorld36 Tokyo 2018

Elite AsiaAktiviti SyarikatLocWorld36 Tokyo 2018
#striped-custom-678feee38bc53 h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-678feee38bc53 h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-678feee38bc53 h3:before {border-color:#cc0000!important;}

Perkhidmatan Kami

Penyelesaian Global • Penyelesaian Digital

 

Digitalisasi Data
Meningkatkan Kebolehlihatan Perniagaan
Mencapai Kejayaan Perniagaan dalam Berbilang Pasaran

 

Muat turun Risalah Penyelesaian Digital Global Kami!

1 langkah lagi sebelum anda boleh menjual produk & perkhidmatan anda kepada pelanggan antarabangsa!

 

    #striped-custom-678feee391443 h3:after {background-color:#cc0000!important;}#striped-custom-678feee391443 h3:after {border-color:#cc0000!important;}#striped-custom-678feee391443 h3:before {border-color:#cc0000!important;}

    Siaran Akhbar

    SINGAPURA, 14 Mac, 2018 – Elite Asia adalah syarikat serantau yang menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif untuk mengembangkan perniagaan ke Asia secara berkesan dengan mengatasi rintangan budaya dan linguistik yang wujud. Mereka akan menyertai acara LocWorld36 Tokyo, bertempat di Gerai 107. Persidangan ini dianjurkan oleh MultiLingual Computing, Inc. dan The Localisation Institute, dan akan diadakan pada 3-5 April. Dewan pameran akan dibuka pada 4 April dari 9:00 pg – 5:45 ptg dan 5 April, dari 9:00 pg – 4:30 ptg di Bay Hilton Tokyo. 
    
    Acara LocWorld ini akan dihadiri oleh wakil-wakil dari syarikat perniagaan yang menyesuaikan produk, perkhidmatan dan bahan komunikasi dengan bahasa atau budaya antarabangsa yang tertentu, supaya dapat difahami oleh rantau tersebut. Wakil-wakil dari Adobe Systems, Airbnb, Alibaba, Google, favy, IBM, IKEA, King, NetApp, Netflix, Salesforce, VMware, Venga, Yamaha Corporation dan banyak lagi, akan berucap di persidangan ini. Kira-kira 300 wakil daripada berbilang industri dijangka akan menghadiri acara ini. 
    
    “Elite Asia menyertai acara LocWorld kerana kami ingin membantu syarikat-syarikat yang mahu meluaskan perniagaan mereka ke pasaran luar negara, dalam era global sekarang ini. Perkembangan dalam teknologi dan perindustrian 4.0 bermakna perniagaan perlu menginovasi perniagaan mereka untuk berkembang ke pasaran luar negara secara mudah dan berkesan. Berniaga di negara-negara Asia boleh menjadi rumit disebabkan pasaran Asia merangkumi berbagai budaya dan bahasa yang berlainan. Kami sedia membantu perniagaan anda mengatasi rintangan ini untuk memasuki pasaran dan mencapai kejayaan," kata Hong Yin Yin, Pengasas dan Pengarah Urusan Elite Asia. 
    
    “Kami akan mempamerkan Penyelesaian Promosi Digital Global, Penyesuaian Jenama, Penyesuaian Digital, dan Perkhidmatan Terjemahan AI kami di Gerai 107 ,” menurut Yin Yin lagi. Ucapan utama akan disampaikan oleh Kaori Sasaki, CEO dan pengasas bersama bagi ewoman, Inc., syarikat konsultasi terkemuka yang menjalankan promosi, penjenamaan, pembangunan produk dan latihan bagi syarikat-syarikat besar. Beliau juga telah mengasaskan dan menganjurkan Persidangan Antarabangsa untuk Peniaga Wanita pada 1996, yang kini adalah persidangan tahunan bagi wanita bekerja, yang terbesar di Jepun. 
    
    Sehari sebelum persidangan, sesi bengkel pengenalan kepada penyesuaian, perbincangan meja bulat tentang penyesuaian permainan, serta sesi jualan dan promosi, akan diadakan. 
    
    Para hadirin boleh memilih daripada sembilan topik sepanjang program persidangan utama: Pengurusan Penyesuaian Lanjutan, Komuniti, Pengurusan Kandungan, Perniagaan Global, Penyedia Perkhidmatan Bahasa, Penyesuaian bagi Asia, TAUS, Teknikal, dan Unconference (bukan persidangan tradisional). 
    
    Persidangan ini turut memberi peluang kepada para eksekutif dan pengurus untuk menilaikan produk dan perkhidmatan terbaik yang dipamerkan di dewan pameran. 
    
    ### 
    
    Nota kepada Wartawan dan Editor: Pas akhbar dengan kelayakan akhbar rasmi boleh didapati dengan menghubungi Kevin Watson, kevin@locworld.com, 208-263-8178.