TARIKH: 26 Mac 2019, Selasa
MASA: 10:00 PG – 1:30 TGH (Pendaftaran bermula pada 9:15 PG)
TEMPAT: Dewan CHIJMES, 30 Victoria St, Singapore 187996
Hadiri acara LITAsia anjuran TRANSLASIA dan Elite Asia pada Selasa, 26hb Mac, 2019 untuk belajar cara meluaskan perniagaan anda ke seluruh Asia, mengatasi rintangan global, dan menjalin hubungan yang bermakna dengan pelanggan anda menggunakan teknologi bahasa terkini.
Acara separuh hari ini membuka ruang kepada pihak media, eksekutif, pelanggan, rakan niaga, syarikat digital serantau, dan pasukan syarikat sendiri untuk belajar dan mendapatkan idea-idea baharu daripada pakar-pakar, bagi membantu menavigasi dan meningkatkan perniagaan mereka di serata Asia Tenggara.
Di acara ini, pasukan TRANSLASIA dan rakan niaga utama akan menerangkan cara untuk berniaga di Asia Tenggara, berniaga di Jepun, meluaskan perniagaan ke Asia Timur, dan cara untuk meningkatkan perniagaan menggunakan Kecerdasan Buatan (AI), inovasi teknologi, penyelesaian bahasa, dan promosi digital.
Acara LITAsia juga mengaturkan demonstrasi dan perbincangan terus dengan pakar-pakar pasaran dan penggiat produk di ASIA yang boleh menjawab sebarang pertanyaan anda. Ada juga peluang untuk anda bertemu dan berbincang dengan ahli perniagaan dan pakar digital global.
Acara ini hanya boleh dihadiri melalui jemputan, jadi sila RSVP hari ini untuk menyertai kami.
Hidangan Ringan semasa Pendaftaran
Pengenalan
Ucapan Pembukaan
Seiichiro Akutsu
Presiden dan Pengarah Wakil, Takara Printing Co., Ltd.
Bersedia Menghadapi Masa Depan Merentasi Seluruh Asia
Hong Yin Yin
CEO, TRANSLASIA Holdings Pte Ltd
Waktu Rehat
Mengatasi Cabaran Globalisasi untuk Memanfaatkan Potensi Pertumbuhan di Asia Tenggara
Andrew Smart
Pengasas Bersama & Pengarah Perdagangan, Slator
Perbincangan Panel ‘Tanya Kami’
Makan Tengah hari
Demonstrasi Produk
Perangkaian Perniagaan