+65 6681 6717
230 Victoria Street, #15-01/08,Bugis Junction,Singapore 188024

Aktiviti Bina Pasukan

ELITE ASIA REUNION: MINGGU LATIHAN, BERMAIN DAN MENYERTAI KERJA ELITE ASIA

Elite AsiaAktiviti SyarikatAktiviti Bina Pasukan

2014 menandakan tahun ke-8 Elite Asia berada dalam industri terjemahan dan interpretasi, dan sepanjang tempoh 8 tahun itu, kami telah berkembang dan meningkat. Antara pencapaian yang boleh dibanggakan termasuk peluasan perkhidmatan kami, selain pengukuhan operasi kami di pasaran luar negara seperti di Malaysia, Hong Kong, dan yang paling baru, di Korea Selatan. Kesemua ini tidak mungkin akan dapat dicapai tanpa sokongan daripada pelanggan kami, selain pasukan pekerja Elite dari pejabat-pejabat kami.

Di Elite Asia, kami menganggap pekerja kami sebagai aset terpenting untuk membantu kami terus berkembang, dan sebab ini kami sanggup melabur masa dan wang untuk melatih mereka supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran mereka dan menambah nilai dalam semua aspek pekerjaan mereka, sama ada dalam jualan atau peranan sokongan seperti kewangan dan pemasaran.

Dengan bantuan kerajaan, Elite Asia telah dapat menyediakan latihan bagi semua kakitangan secara tetap, pada setiap tahun. Pada tahun ini, syarikat telah menjalani latihan tentang topik-topik berkenaan teknik jualan, seperti pemprofilan pelanggan, teknik susulan, teknik menutup, dan teknik untuk mendapatkan rujukan daripada pelanggan yang sedia ada.

Sepanjang minggu pertama Ogos, rakan sekerja kami dari luar negara telah melawati ibu pejabat kami di Singapura untuk menjalani fasa latihan jualan yang terakhir. Selain itu, mereka juga telah menyertai aktiviti bina pasukan yang telah dirancang dan dianjurkan oleh jabatan HR bersama dengan rakan-rakan sekerja bahagian jualan dan projek dari Singapura.

Antara aktiviti yang telah dirancang termasuk sesi permainan dalam selama satu jam, di mana semua pekerja telah dibahagikan kepada tiga kumpulan, dan setiap kumpulan perlu melengkapkan misi dengan bermain ‘charades’, mencari harta karun dan mencari kata-kata. Kami juga telah menghabiskan masa bermain boling dengan rakan-rakan sekerja dari pejabat antarabangsa kami, sementara rakan-rakan sekerja dari pasukan pemasaran pula telah bermain menggunakan teknik gila-gila yang berjaya mencuit hati semua pemain lain yang ada di situ!

Selepas sesi boling anjuran jabatan HR, para pekerja telah menikmati jamuan barbeku yang diadakan oleh Pengurus Operasi kami, Puan Kathy Xia. Sambil menikmati hidangan yang lazat, kami juga telah bermain permainan bersama rakan-rakan sekerja, di mana En. David Kim, Pakar Media Interaktif Kanan dari Korea, dan En. Tan Jun Hao, pelajar pelatih dari pejabat Singapura, telah memenangi hadiah tunai pada penghujung acara!

Pasukan kami di Elite Asia bukan sahaja rajin bekerja, malahan mereka juga pandai bermain! Pada minggu pertama Ogos, kami telah berkumpul dengan rakan-rakan sekerja untuk melakukan aktiviti dan meluangkan masa berkualiti dengan rakan-rakan sekerja dari luar negara. Kami tidak sabar untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekerja kami di luar negara semasa percutian syarikat tahunan ke Australia pada November 2014!