
Panduan Lengkap Mengimbangi Inisiatif ESG dan Kekangan Kewangan
Tahun kewangan 2025 bakal tiba, sudah tiba masanya untuk memuktamadkan bajet ESG syarikat anda. Syarikat komited terhadap kelestarian, bersedia patuh kepada peraturan, dan faham bahawa ESG bukan sekadar reputasi, malah keupayaan daya tahan bisnes jangka panjang.
Namun hakikatnya, jabatan akaun tidak akan menyediakan bajet ESG tanpa had. Mereka perlu menyeimbangkan pematuhan, operasi, serta keuntungan—menjadikan sukar untuk meluluskan setiap perbelanjaan ESG, apatah lagi jika jabatan lain turut bersaing merebut dana yang sama.
Jadi, bagaimana memaksimumkan bajet ESG tanpa terlebih belanja? Bagaimana memfokuskan inisiatif berimpak tinggi tanpa abaikan kekangan realiti kewangan? Ini caranya untuk menyusun matlamat kelestarian agar selari dengan realiti kewangan syarikat.
Langkah 1: Bezakan ESG Yang Wajib (Must-Have) dan Tambahan (Nice-to-Have)
Tidak semua inisiatif ESG sama berat—ada yang wajib demi pematuhan, ada yang strategik untuk pertumbuhan bisnes jangka panjang. Kunci perancangan bajet efektif ialah mengelas inisiatif berdasarkan keutamaan:
Kos Wajib Pematuhan (Tidak Boleh Dikompromi)
Ini perbelanjaan yang wajib ditanggung demi mematuhi piawaian regulator. Jika tidak dibuat, syarikat mungkin berdepan penalti, risiko kerugian atau kerosakan reputasi. Contoh:
- Pelaporan dan pematuhan ESG (IFRS S1 & S2, GRI, CSRD).
- Penjejakan serta pendedahan pelepasan karbon (GHG).
- Uji tuntas rantaian bekalan dalam risiko kelestarian.
Pelaburan Strategik Kelestarian
Inisiatif dalam kategori ini membantu mengukuhkan jenama, menarik pelabur, atau meningkatkan kecekapan dalam jangka masa panjang. Ia mungkin tidak diwajibkan undang-undang tetapi boleh menambah nilai kepada prestasi syarikat. Contoh:
- Naik taraf kecekapan tenaga (mengurangkan kos operasi jangka panjang).
- Latihan kelestarian untuk pekerja (memasukkan ESG ke budaya korporat).
- Pensijilan ESG pihak ketiga (meningkatkan keyakinan pelabur dan pengguna).
Boleh Ada, Tapi Bukan Keutamaan Utama
Inisiatif ini menyokong strategi ESG tetapi tidak kritikal bagi pematuhan atau pulangan kewangan segera. Jika bajet terhad, ia boleh dilaksanakan secara berperingkat dan bukan serentak. Contohnya:
- Program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
- Usaha mengurangkan pelepasan karbon secara sukarela.
- Projek inovasi berkaitan kelestarian yang ROI-nya belum jelas.
Mengelas perbelanjaan ESG mengikut kategori ini membantu anda menyediakan cadangan bajet yang realistik serta selari dengan keutamaan perniagaan.
Ini Hakikatnya: Kos ESG Lebih Tinggi di Tahun Pertama
Jika ini tahun pertama syarikat anda melaksanakan ESG, bersedialah dengan kos permulaan yang lebih tinggi. Antara sebabnya:
- Memerlukan Bimbingan Pakar
Pematuhan ESG bukan sesuatu yang boleh difahami dalam masa singkat. Mengambil pakar (seperti Elite Asia) biasanya adalah langkah pertama kerana syarikat mungkin tiada kepakaran dalaman. Golongan profesional ini membantu dalam penilaian materialiti, strategi pematuhan, dan pemilihan kerangka pelaporan—memastikan anda bermula di landasan betul dari awal.
- Audit Awal & Penanda Aras
Untuk ketahui kedudukan syarikat, biasanya anda perlu audit kelestarian, kajian garis dasar pelepasan karbon dan penilaian risiko. Kos perkhidmatan ini perlu ditanggung, tetapi tindakan ini penting untuk elakkan usaha ESG yang tersasar.
- Perisian Penjejakan ESG
Ramai syarikat kini melabur dalam alatan digital untuk menjejak metrik ESG, mengurus pematuhan, dan menjana laporan. Walaupun ada platform mahal, terdapat juga penyelesaian berpatutan bersesuaian dengan bajet syarikat—buat kajian sebelum melanggan.
- Perubahan Operasi & Naiktaraf Infrastruktur
Transformasi ke tempat kerja yang lebih lestari sering menuntut pelaburan untuk kecekapan tenaga, automasi, atau semakan polisi perolehan—semua memerlukan perbelanjaan awal tetapi akan menjana penjimatan jangka panjang.
Kabar baik: Kos ESG biasanya menurun selepas tahun pertama. Pada tahun kedua atau ketiga, kebanyakan kos audit, yuran konsultasi dan perbelanjaan sekali akan berkurang kerana pengurusan ESG sudah menjadi rutin.
Langkah 2: Peruntukan Bajet ESG Yang Lazim
Jadi, ke mana sebenarnya organisasi patut menyalurkan bajet ESG mereka? Berikut adalah kawasan utama rujukan umum:
1. Penilaian Materialiti
Sebelum membelanjakan satu sen pun untuk ESG, syarikat mesti kenal pasti isu yang benar-benar penting untuk perniagaan dan pihak berkepentingan. Penilaian materialiti mungkin menelan belanja, tetapi ia mengelakkan pembaziran pada inisiatif ESG yang tidak relevan. Antara langkahnya:
- Mengadakan tinjauan, temubual dan bengkel bersama pelabur, pelanggan dan pengawal selia.
- Menilai risiko ESG mengikut industri.
- Membandingkan prestasi ESG syarikat dengan pesaing untuk ketahui kedudukan sebenar.
2. Pematuhan & Konsultansi Regulasi
Peraturan berubah dengan pantas. Pematuhan ESG kini bukan sekadar elak penalti—tetapi membuka akses kepada pelabur serta pasaran global. Kos meliputi mengupah penasihat undang-undang dan pematuhan untuk mengesan undang-undang ESG serta melaraskan laporan syarikat dengan kerangka seperti IFRS S1 & S2, GRI dan TCFD.
Syarikat besar melabur ratusan ribu ringgit setahun untuk pematuhan, namun PKS boleh mengurangkan kos dengan konsultansi yang lebih fokus dan keperluan sebenar.
3. Pelaporan Emisi Gas Rumah Kaca (GHG)
Jika syarikat anda benar-benar serius dengan ESG, anda mesti menjejak pelepasan karbon. Ini termasuk pelaburan pada perisian pelaporan ESG, audit pihak ketiga untuk jaminan, serta pengumpulan data pelepasan rantaian bekalan—walaupun leceh dan mahal, bahagian ini kritikal.
4. Laporan Impak ESG & Jaminan Pihak Ketiga
Bukan sekadar mengaku “lestari”—laporkan dengan data yang boleh disahkan. Tanpa pengesahan pihak ketiga, laporan ESG kurang kredibiliti di mata regulator dan pelabur.
Syarikat wajib menerbitkan laporan kelestarian yang menepati piawaian antarabangsa. Banyak syarikat berat sektor kewangan wajib menggunakan penyumberan luar untuk mengesahkan tuntutan ESG mereka—anda juga boleh dapatkan bantuan konsultan Elite Asia jika mah
5. Membina Pasukan ESG Dalaman
Satu hari nanti, anda mungkin ingin bangunkan pasukan dalaman ESG sendiri, berbanding sentiasa bergantung pada konsultan luar.
Jika syarikat anda beroperasi di Malaysia, anda boleh manfaatkan kursus latihan ESG yang dibiayai sepenuhnya oleh HRD Corp untuk melatih pasukan tanpa perlu mengurangkan bajet ESG utama syarikat. Elite Asia menawarkan latihan ESG tajaan HRD Corp, membolehkan pekerja anda memperoleh kemahiran penting dalam pematuhan standard ESG serta menerapkan prinsip kelestarian dalam operasi syarikat—semuanya tanpa kos tambahan kepada syarikat.
Jika anda ada bajet lebih, pertimbangkan untuk melatih kakitangan di luar pasukan ESG teras. Ia memastikan setiap jabatan memahami inisiatif ESG syarikat dan melaksanakannya di jabatan masing-masing. Anda juga boleh dapatkan latihan ESG khusus industri di setiap peringkat organisasi, contohnya melalui Elite Asia.
Langkah 3: Jadikan ESG Strategi Penjimatan Kos, Bukan Semata-Mata Perbelanjaan
Salah satu sebab bajet ESG selalunya ditolak ialah akauntan menganggapnya sekadar pusat kos. Cara terbaik meyakinkan mereka ialah membuktikan inisiatif ESG boleh menjimatkan kos atau mencipta nilai kewangan.
Naik taraf kecekapan tenaga
Pelaburan dalam lampu LED, meter pintar atau tenaga boleh diperbaharui boleh mengurangkan bil elektrik sehingga 10–30% dalam tempoh tertentu. Jika disampaikan secara tepat, ini bukanlah kos ESG semata-mata—tetapi adalah strategi operasi penjimatan kos.
Pengurangan sisa & amalan ekonomi kitaran
Jika syarikat berbelanja jutaan ringgit untuk bahan mentah, pengoptimuman kitar semula dan pengurangan sisa boleh mengurangkan kos perolehan dengan ketara.
Elak penalti berkait greenwashing
Penguatkuasaan regulator terhadap pemalsuan laporan ESG kini semakin tegas. Syarikat yang gagal mengesahkan tuntutan kelestarian boleh dikenakan tindakan undang-undang dan kerosakan reputasi serius. Melabur dalam jaminan ESG pihak ketiga sekarang boleh mencegah kerugian jauh lebih besar di kemudian hari.
Jadikan ESG strategi penjimatan kos serta pengurusan risiko. Cara ini, jabatan kewangan lebih mudah untuk menyokong bajet ESG anda.
Langkah 4: Cari Strategi Pematuhan Kos Rendah
Tidak perlu berbelanja besar untuk kekal patuh. Banyak sumber online percuma serta sistem langganan berbayar yang murah boleh membantu. Anda boleh sentiasa gunakan sumber ini untuk kekal konsisten dalam perlaksanaan pematuhan ESG.
Gunakan Sumber ESG Percuma
Banyak laman web kerajaan menawarkan panduan, template, dan kemas kini peraturan secara percuma. Sebelum mengupah konsultan, periksa dahulu sumber rasmi untuk pematuhan ESG di rantau anda.
Sertai Rangkaian & Persatuan ESG Industri
Banyak persatuan industri menawarkan latihan ESG percuma, amalan terbaik, dan kajian kes yang membantu anda mengurangkan kos penyelidikan serta khidmat nasihat.
Cari Perisian ESG Berpatutan
Daripada melabur dalam platform ESG mahal, carilah alternatif yang mesra bajet tetapi boleh memenuhi keperluan pelaporan asas syarikat anda.
Kelestarian Memang Perlukan Modal—Tapi Setiap Sen Berbaloi
Perancangan bajet ESG untuk 2025 bukan soal berapa besar anda boleh belanja—tetapi bagaimana anda membahagi sumber dengan pintar untuk memaksimumkan impak.
Perniagaan yang utamakan pematuhan peraturan, optimakan kos, dan labur secara strategik untuk capai matlamat kelestarian akan lebih tahan cabaran. Jika ESG cuma dianggap kerja tambahan, mereka akan sentiasa berdepan krisis kecemasan, masalah kepercayaan pelabur, dan terlepas peluang besar.
Syarikat yang bijak imbang kelestarian dengan disiplin kewangan hari ini adalah peneraju industri masa hadapan. Persoalannya: adakah syarikat anda salah satunya?
Untuk maklumat lanjut atau ingin mendapatkan sebut harga berkaitan ESG Solutions, hubungi pasukan penyelesaian ESG kami seperti di bawah.










