+65 6681 6717
230 Victoria Street, #15-01/08,Bugis Junction,Singapore 188024

13 Februari 2025 Posted by Elite Asia Marketing ESG Press Release No Comments
Elite Asia Earns Bronze Medal from EcoVadis 2025

Elite Asia Raih Pingat Gangsa dari EcoVadis: Komitmen Kami Terhadap Kelestarian

Elite Asia Localisation (MY) Sdn Bhd berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah dianugerahkan Pingat Gangsa dalam Penilaian Kelestarian EcoVadis. Pencapaian ini meletakkan kami dalam kelompok 35% teratas daripada syarikat yang dinilai EcoVadis pada tahun lalu, sekaligus mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap amalan perniagaan beretika dan lestari.

EcoVadis, salah satu platform penilaian kelestarian paling dipercayai di dunia, menilai syarikat dalam aspek utama seperti impak alam sekitar, buruh dan hak asasi manusia, etika, serta perolehan lestari. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa usaha ESG kami bukan sekadar teori, tetapi benar-benar diamalkan dalam pengurusan serta khidmat terhadap klien.

Bagi perniagaan yang mengambil serius pematuhan ESG, pengiktirafan ini bukan sekadar untuk kami—tetapi turut memberi nilai tambah besar kepada klien kami.

Kenapa Penilaian EcoVadis Penting Untuk Perniagaan?

EcoVadis ialah salah satu platform pemarkahan ESG paling dipercayai di dunia, digunakan ribuan syarikat—termasuk jenama global—bagi menilai prestasi kelestarian organisasi dalam pelbagai bidang utama:

Impak alam sekitar – penggunaan tenaga, jejak karbon, serta pengurusan sisa.

Buruh & hak asasi manusia – kebajikan pekerja, kepelbagaian, serta dasar tempat kerja yang selamat.

Etika – polisi antirasuah, pematuhan dan tadbir urus korporat yang bertanggungjawab.

Perolehan lestari – memastikan rantaian bekalan tidak melibatkan amalan tidak beretika atau berbahaya terhadap alam sekitar.

Syarikat tidak menjalani penilaian EcoVadis sekadar untuk pencapaian di atas kertas. Kini semakin banyak organisasi meminta pembekal, kontraktor dan rakan perniagaan membuktikan pematuhan kelestarian menggunakan penanda aras antarabangsa. Tanpa pensijilan? Berisiko hilang peluang.

Memiliki penilaian EcoVadis juga memudahkan penyertaan dalam tender, kerjasama serta projek dengan organisasi yang mengutamakan ESG—dan bagi klien kami, ini bermakna Elite Asia membuktikan pencapaian kelestarian bertaraf global.

EcoVadis Success: Tips and Tricks for Evidence-Based Scoring

Apa Makna Pingat Gangsa EcoVadis untuk Klien ESG Kami

Bagi perniagaan yang bergantung kepada vendor dan rakan kerjasama untuk memenuhi komitmen kelestarian, pensijilan EcoVadis menghapuskan ketidaktentuan. Klien anda tidak perlu sekadar percaya pada janji syarikat—dengan pensijilan pihak ketiga ini, mereka tahu bahawa amalan kelestarian syarikat anda benar-benar diukur, dipantau dan memenuhi piawaian antarabangsa.

Rakan Kongsi Berwibawa dan Telus

Greenwashing—syarikat yang melebih-lebihkan atau menyalah tafsir usaha kelestariannya—memang isu sebenar. Klien Elite Asia tidak perlu meneka sama ada operasi kami benar-benar bertanggungjawab. Audit EcoVadis membekalkan pengesahan bebas terhadap segala usaha kelestarian kami, memastikan tahap ketelusan yang boleh diyakini oleh klien.

Untuk syarikat yang perlu menjalani audit ESG rantaian bekalan, pensijilan kami memudahkan dan mengurangkan risiko pematuhan—anda tidak perlu membuang masa mengesahkan setiap usaha kelestarian vendor kerana sudah dinilai secara global.

Memudahkan Pematuhan ESG untuk Klien

Jika anda pernah urus pematuhan ESG, pasti tahu betapa rumit dan menuntutnya. Kini semakin banyak syarikat multinasional mewajibkan pembekal dan penyedia perkhidmatan membuktikan amalan mereka mematuhi standard kelestarian tertentu.

Dengan bekerjasama bersama syarikat bertauliah EcoVadis seperti Elite Asia, klien kami dapat mengelakkan kerumitan audit yang tidak perlu. Ini bermakna selarasan lebih mudah dengan polisi kelestarian global serta kelulusan tender lebih pantas yang mensyaratkan amalan lestari dalam rantaian pembekal. Pendek kata, jika syarikat anda menekankan polisi rantaian pembekal lestari, berurusan dengan syarikat bertauliah EcoVadis seperti Elite Asia menjadikan urusan audit ESG lebih cepat—dan mudah.

Kelebihan Bersaing dalam Bisnes Didorong ESG

Lebih banyak kontrak, peluang pembiayaan serta keputusan pelaburan kini bergantung pada kredensial ESG. Syarikat yang sudah diiktiraf mematuhi ESG antarabangsa lebih mudah:

  • Memenangi kontrak kerajaan yang mensyaratkan pematuhan kelestarian
  • Menjadi rakan pembekal dengan jenama korporat serta pelanggan global
  • Menarik modal dan pelabur yang memprioritikan prinsip bisnes lestari

Dan kerana EcoVadis diiktiraf oleh kerangka ESG dunia seperti GRI dan UN Global Compact, pensijilan ini memudahkan syarikat menyertai tender atau jaringan antarabangsa yang sangat selektif.

EcoVadis: Who Should Get and How to Improve Performance

Menyokong Perjalanan EcoVadis Anda

Jika syarikat anda belum pernah dinilai oleh EcoVadis atau ingin meningkatkan skor sedia ada, jangan risau—anda tidak keseorangan. Proses penilaian EcoVadis memang boleh menakutkan: perlu faham keperluan, kumpul dokumen sokongan, dan pastikan skor anda benar-benar mencerminkan usaha kelestarian sebenar. Dengan bimbingan pakar, urusan seperti pematuhan ESG, mencapai skor lebih tinggi, atau mengintegrasi kelestarian secara menyeluruh jadi jauh lebih mudah.

Itulah sebabnya Elite Asia menawarkan khidmat konsultansi EcoVadis untuk membantu syarikat anda:

  • Fahami Proses Penilaian EcoVadis – Apa yang diukur, bagaimana skor dikira, dan dokumen apa yang perlu disediakan.
  • Penilaian Materialiti & Penanda Aras – Kenal pasti isu ESG terpenting dalam industri anda dan bandingkan prestasi dengan pesaing.
  • Latihan & Pendidikan Pekerja – Pastikan pasukan dalaman memahami keperluan pelaporan kelestarian dan pematuhan.
  • Penulisan & Penyerahan Laporan – Bantu struktur, sediakan, tulis serta serahkan borang penilaian EcoVadis agar skor anda optimum.

Sama ada anda mencari rakan strategik ESG atau sedang bersiap sedia untuk penilaian EcoVadis syarikat, kami sedia membantu.

Jika syarikat anda perlukan bantuan melengkapkan borang EcoVadis, meningkatkan skor kelestarian, atau melaraskan laporan dengan kerangka ESG, pasukan kami sentiasa bersedia membantu. Ayuh bina syarikat yang lebih lestari dan tahan uji—bersama-sama.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *